Jumat, 25 Juni 2010

SEANDAINYA.......

Seandainya.........
Ketangkasanmu di bidang hadis wahai tuan yang empunya Al-majmuk diberikan kepada sahabat Al-mughni….

Seandainya .......
Kehebatanmu di bidang fiqh wahai tuan yang empunya Al-mughni diberikan kepada sahabat Al-majmuk…

Seandainya.....
Tuan empunya Bidayah Al-mujtahid menjelaskan lagi perbahasan yang lebih mendalam….

Seandainya.....

Tuan yang empunya Haysiah Ibnu A’bideen itu ada yang mengtakhrijkan hadis-hadisnya…..

Seandainya.......
Tuan empunya Al-muhalla itu menggunakan qiyas dan meniggalkan kritikan tajam kepada ulama….

Rupanya baru ku sedari bahawa Tuan yang empunya dunia ini hanya mahu kalamNYA sahaja yang sempurna….

Maka benarlah firmanNYA di dalam suran An-nisa’ ayat 82 (Kalaulah Al-quran datangnya bukan dari Allah,maka mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnnya).

Kitab-kitab fiqh utama yang wajib bagi seorang penuntut ilmu:

Mazhab Hanafi :

Kitab utama:
1).Hasyiah Ibnu ‘Abideen atau Raddul Mukhtar yang ditulis oleh Imam Muhammad Ameen bin ‘Abideen meninggal pada tahun 1252 hijrah…(kitab asal yang diberi hasyiah oleh pengarang kitab ini ialah kitab Ad-durul Mukhtar oleh Imam Muhammad bin Ali Al-haskafi meninggal pada tahun 1088 dan kitab Tanwir Abshar oleh Imam Muhammad bin Abdullah At-tumurtasyi meninggal pada tahun 1004 hijrah juga pengtahqiqkan diselaraskan oleh sheikh Saeed Ramadhan Al-buthi).

Kelebihan :
a).Membahasakan masalah-masalah baru.
b).Membahasakan masalah secara teperinci.


Kekurangan:
a).Masih memerlukan penambahbaikan dan pengtahqiqkan.

Kitab lain:
2).Al-mabsuth oleh Imam Muhammad bin Ahmad As-sarakhsi yang meninggal pada tahun 483 hijrah .

3).Bada’ei As-shona’ei oleh Imam Abu Bakar bin Mas’ud Bin Kaasanie yang meninggal pada tahun 587 hijrah.

4).Fathul Qadeer oleh Imam Kamal bin Hummam yang meninggal pada tahun 861 hijrah.


Mazhab Maliki:

Kitab utama:
1).Bidayatul Al-mujtahid wa Nihayah Al-Muqtashid oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Rusyd yang meninggal pada tahun 595 hijrah..

Kelebihan:
a).Mengemukakan pendapat Imam-imam Mazhab lain(fiqh Muqaran).
b).Susunan perbahasan yang begitu sistematik.
c).Sebarang permasalah dirajihkan melalui kekuatan dalil
.

Kekurangan:
a).Perbahasan yang terlalu ringkas.
b).Memerlukan beberapa penambahbaikan
.

Kitab lain:
2).Hasyiah Ad-dusuqi oleh Muhammad bin Ahmad bin ‘Arafah Ad-dusuki yang meninggal pada tahun 1230 hijrah .(kitab asal bagi kitab ini ialah kitab Mukhtashar Khalil oleh Imam Khalil Bin IShaq Al-jundee yang meninggal pada tahun 776 hijrah).

3).Al-qawanin Al-fiqhiyyah Oleh Imam Muhammad bin Ahmad bin Juzai yang meninggal pada tahun 741 hijrah.

4).Al-mudawwanah Al-qubra oleh Imam Malik bin Anas yang meninggal pada tahun 179 hijrah(dikatakan oleh Ahli ilmu bahawa kitab ini disusun oleh anak murid Imam Malik).

5).Az-zakhirah oleh Imam Ahmad bin Idris Al-Qarafee yang meninggal pada tahun 684 hijrah.


Mazhab Syafiee:

Kitab utama:
1).Al-majmuk Syarah Al-Muhazzab oleh Imam Yahya bin Syaraf An-nawawi yang meninggal pada tahun 676 hijrah(kitab ini merupakan syarah kepada kitab Al-muhazzab oleh Imam Syirazi meninggal pada tahun 476 hijrah dan dikatakan oleh Ahli ilmu bahawa kita ini hanya siap dikarang cuma sampai kepada bab Riba sahaja).

Kelebihan:
a).Menjelaskan taraf hadis.
b).Sesetengah permasalahan dijawab dengan lengkap.
c).Terdapat juga pembahasan dari aspek bahasa.


Kekurangan :
a). kadang-kala pengarang merajih beberapa masalah kepada pendapat mazhabnya.
b).Kadang-kala permasalahan di terang secara ringkas sahaja.



Kitab lain:
2).Al-umm oleh Imam Muhammad bin Idris As-syafie Yang meninggal pada tahun 204 hijrah(kitab ini juga diringkas oleh Imam Al-muzanie yang meninggal pada tahun 264).

3).Al-aziz oleh Imam Abdul Karim bin Muhammad Ar-rafiee yang meninggal pada tahun 505 hijrah.

4).Syarah kepada kitab Al-minhaj oleh Imam An-nawawi yang terkenal antaranya ialah:
- Tuhfatul Mughtaj oleh Imam Ibnu Hajar Al-haitamee yang meninggal pada tahun 974.
-Mughni Mughtaj oleh Imam Muhammad bin Ahmad As-syarbinee yang meninggal pada tahun 977 hijrah.
-Nihayatul Mughtaj oleh Imam Muhammad bin Ahmad Ar-ramlee yang meninggal pada tahun 1004 hijrah.


Mazhab Hambali:

Kitab utama:
1).Al-mughni oleh Imam Abdullah bin Ahmad bin Qudamah Al-maqdisi yang meninggal pada tahun 620 hijrah(ditahqiq oleh sheikh Abdullah Al-muhsin Al-turki).

Kelebihan:
a).Mengumpulkan pendapat Ulama dan Juga pendapat Mazhab lain(fiqh muqaran).
b).Memberikan dalil-dalil dengan hadis-hadis yang masyhur.
c).Menggunakan Method Usul Fiqh dalam menyelesaikan masalah.


Kekurangan:
a).Kritikan utama ialah pengarang tidak menjelas taraf sesuatu hadis.
b).kadang-kala pengarang merajih beberapa masalah kepada pendapat mazhabnya.

Kitab lain:
1).Majmu’ Fatawa oleh Sheikhul Islam Ibnu Tamiyyah yang meninggal pada tahun 767 hijrah.

2).Al-inshaf oleh Imam Ali Bin Sulaiman Al-Mardaawe meninggal pada tahun 885 hijrah .

3).Zadul Ma’ad oleh Imam Ibnu Qayyim yang meninggal pada tahun 751 hijrah(tahqiq sheikh Abdul Qadeer Al-arnouth dan Sheikh Shuib Al-arnouth).

4).Syarah Al-mumti’ ‘Ala Zadi Al-mustaqni’ oleh sheikh Muhammad bin Sholeh Al-usthaimeen.


Mazhab Az-zhohiri:

1).Al-muhalla oleh Imam Ali bin Muhammad bin Hazam Al-andulusi meninggal pada tahun 456 hijrah(tahqiq sheikh Ahmad Muhammad Syakir).

Kelebihan:
a).Merupakan kitab seorang Imam hadis terkemuka.
b).Memuatkan perbincangan permasalahan dengan perkataan Tabi’en dan Ulama lain.


Kekurangan:
a).Tidak memakai qaedah qias.
b).Mengkritik ulama dengan terlalu dalam(kritikan tajam).
c).Berani menta’wil sifat ALLAH berdasarkan aqal manusia.
d).Menghalalkan muzik(pendapat yang paling kuat muzik adalah haram).



Kitab Usul Fiqh:

Terlalu banyak kitab usul fiqh dihasilkan oleh para ulama Usul,namun saya hanya menyenaraikan kitab-kitab utama yang sering dijadikan rujukan Ahli ilmu antaranya:


Kitab ulama terdahulu dan kemudian.

1).Ar-risaalah oleh Imam Muhammad bin Idris As-syafie meninggal pada tahun 204 hijrah(tahqiq sheikh Ahmad Muhammad Syakir).

2).Kasful Asrar oleh Imam Abdul Aziz bin Ahmad Bukhari meninggal pada tahun 482 hijrah.

3).Usul Sarakhsi oleh Imam Muhammad bin Ahmad As-sarakhsi meninggal pada tahun 483 hijrah.

4).Al-mustashfa oleh Imam Hujjatul Islam Muhammad bin Muhammad Al-ghazali meninggal pada tahun 505 hijrah.

5).Al-Ihkam Fi Usuli Ihkam oleh Imam Saifuddin Ali bin Muhammad Al-ameedie meninggal pada tahun 631 hijrah juga ditulis oleh Imam Ibnu Hazam Al-andalusi meninggal pada tahun 456 hijrah.

6).I’laam Muwa’qieen oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah meninggal pada tahun 751 hijrah.

7).Raudhatul Nazir oleh Imam Ibnu Qudamah meninggal pada tahun 620 hijrah.

8).Al-muwafaqaat oleh Imam Ibraheem bin Musa As-syathibi meninggal pada tahun 790 hijrah.

9).Irsyad Fuhul oleh Imam Muhammad bin Ali As-syaukani meninggal pada tahun I250 hijrah.

10).Ilmu Usul Fiqh oleh Sheikh Abdul Wahab Khalaf meninggal pada tahun 1375 hijrah.

11).Usul Fiqh oleh sheikh Muhammad Abu Zuhrah meninggal pada tahun 1394 hijrah(murid Sheikh Abdul Wahab Khalaf).

12).Usul Fiqh Islami oleh sheikh Wahbah Zuhaili (sangat sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari Usul Fiqh di peringkat permulaan).


Kitab Qawa’id Fiqhiyyah:

1).Al-Furuq oleh Imam Ahmad Bin Idris Al-qarafi meninggal pada tahun 684 hijrah.

2).Asybah wa Nazair oleh:
-Imam Ibnu Wakil meninggal pada tahun 716 hijrah.(mazhab hanafi).
-Imam Tajuddin As-subki meninggal pada tahun 771 hijrah(mazhab Syafie).
-Imam Jalaluddin As-syuyuthi meninggal pada tahun 911 hijrah (mazhab syafie).
-Imam Ibnu Nujaim meninggal pada tahun 970 hijrah(mazhab hanafi).

3).Syarah Qawa’id Fiqhiyyah oleh Sheikh Mustafa Muhammad Zarqa meninggal pada tahun 1420 hijrah(dikatakan dan disandarkan kepadanya oleh Ahli Ilmu dizaman ini sebagai seorang mujtahid di bidang ini).

4).Al-Wajiz Fi idhah Qawa’id Al-fiqhiyyah Al-Kuliyyah oleh sheikh Muhammad Shodiqi Al-borno(kitab yang sangat bagus kerana kebanyakan contoh-contoh permasalahan Mua’malat diutarakan dan amat sesuai bagi mereka yang cenderung untuk mendalami Ilmu Qawa’id Fiqhiyyah yang berkaitan dengan permasalahan Mua’malat).

5).Al-Qawa’id Al-fiqhiyyah oleh Sheikh Ali An-nadwi(kitab Tesis Master yang sangat sesuai bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan ilmu Qawa’id Fiqhiyyah dan juga Tesis ini mendapat pujian dari ulama di dunia islam).


p/s : Kepada pembaca budiman untuk segala permasalah berkaitan dengan Kitab-kitab bolehlah bertanya kepada Ahli Ilmu seperti Firman ALLAH di dalam Surah An-nahl ayat 43(Bertanyalah kepada Ahli Zikri(mereka yang mengetahui) jika kamu tidak mengetahui).Kata Imam Mujahid (Asthar)Yang diriwayatkan secara Mua’llaq oleh Imam Bukhari(tidaklah dipelajari ilmu itu oleh orang-orang takabbur dan malu). Juga shahih Daripada Saidatina ‘Aisyah Radialllahunha (sesungguhnya perempuan-perempuan Anshar tidak malu untuk mendalami Ilmu Agama).

Oleh itu janganlah malu dalam menuntut ilmu baik lelaki mahupun perempuan.segala perkongsian ilmu amat diharapkan dan segala kesalahan sangat dialukan pembetulan…….

WALLAHU’ALAM
Yang faqir mengharapkan kepada pengampunan tuhannya.










Rabu, 23 Juni 2010

KITAB-KITAB HADIS YANG WAJIB BAGI SEORANG PENUNTUT ILMU

Bagi saya adalah lebih baik bagi seorang pelajar mempunyai terus matan hadis yang telah disyarah.

1).Kitab Jami’ Shahih Al-musnad oleh Imam Abi Abdellah Muhammad bin Ismail Al-bukhari lahir pada tahun 194 dan meninggal pada tahun 256 hijrah.

Kelebihan :
a).Semua hadis dalam kitab ini shahih.
b).Banyak faedah yang boleh didapati melalui Ta’liq,Istimbath dan juga perkataan Sahabah,Tabien,Tabi’ tabien.
c).Pengolahan bab dan susunan yang begitu sistematik.

Kekurangan:
a).Ada beberapa Ta’liq yang masih memerlukan penjelasan.
b).Banyak mengulangi hadis yang sama.
c).Susunan hadis lain di dalam bab yang lain
(hadis tentang nikah contohnya mungkin diketemui dalam bab perang atau bab tafsir).
.
Saranan syarah Al-bukhari:
a).Fathul bari oleh Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Asqalaani lahir pada tahun 773 dan meninggal pada tahun 852 hijrah,Tahqiq dan Taq’liq oleh sheikh Abdul Aziz bin bazz dan sheikh Fuad Abdul Baqi atau sheikh Abdul Qadir Syaibah Muhammad.

b).Fathul Bari oleh Imam Ibnu Rejab Al-hambali dilahirkan pada tahun 736 dan meninggal 795 hijrah(dikatakan oleh Ahli ilmu jika kitab ini siap dikarang nescaya dapat menandingi kehebatan kitab yang dikarang oleh Imam Ibnu Hajar).

c).Syarah Ibnu Batthal oleh Imam Abu Hassan Ali bin Khalaf meninggal pada tahun 449 hijrah,Tahqiq oleh sheikh Abu Tamin Yasir bin Ibrahim.

d).Umdatul Qari’ oleh Imam Badruddin Aini meninggal pada tahun 855.

2).Al-musnad Al-shahih Mukhtasar min As-sunan, Shahih Muslim oleh Imam Abi Hussain Muslim Bin Hajjaj lahir pada tahun 206 dan meninggal pada tahun 261.

Kelebihan:
a).Mengumpul hadis yang temanya sama ke dalam satu bab.
b).Terdapat tambahan hadis tanpa merubah kalimat.
c).Ada hadis lain yang membantu untuk memahami antara hadis lain.

Kritikan:
a).Imam Daruquthni telah mendhaifkan sebanyak lapan puluh hadis,akan tetapi imam Ibnu Tamiyyah hanya mengangap cuma ada tiga hadis dhaif.

Saranan syarah Shahih Muslim:
a).Syarah Al-minhaj oleh Imam Nawawi yang meninggal pada tahun 676 hijrah .

b).Ad-dibazj oleh Imam As-syuyuthi lahir pada tahun 849 dan meninggal pada tahun 911 hijrah yang di tahqiq oleh sheikh Abu Ishaq Al-huwaini.

c).Fathul Mun’im yang merupakan susunan sekelian banyak ulama yang mengsyarahkan Shahih Muslim yang disusun oleh sheikh Dr.Musa Shahin(kitab ini diajar oleh Dr.Talawabeh di masjid Jamiah Yarmouk,lepas maghrib setiap malam rabu).

3).kitab Jami, Shahih oleh Imam Abi Isa Muhammad Bin Isa bin Saurah lahir pada tahun 209 dan meninggal pada tahun 279 hijrah.
Kelebihan:
a).Pengarang memberi keterangan sesuatu hadis sama ada shahih atau dhaif.
b).Pengarang juga menyebut semua nama-nama Sahabah yang meriwayatkan hadis.
c).Juga menyebut pendapat ulama yang muktabar seperti Imam Malik,Imam Ahmad dan lain-lain.

kekurangan :
a).Pengarang sering bertolak ansur terhadap hadis-hadis yang dianggap dhaif oleh imam yang hadis lain.
b).Kadang-kala pengarang mengshahih dan menghasan hadis yang dianggap dhaif oleh imam-imam hadis lain.

Saranan syarah :
a).Tuhfatul Awazi oleh imam Mubarukfuri meninggal pada tahun meninggal pada tahun 1383 yang ditahqiq oleh sheikh Isamuddin Assobabaty.


4).Sunan Abu Dawud oleh imam Abu Dawud Bin Sulaiman Bin Ays’assi Sijisstani lahir pada tahun 202 dan meninggal pada tahun 275 hijrah.

Kebaikan:
a).Mengumpulkan seluruh hadis hukum.

Kekurangan:
b).Masih ada terdapat hadis dhaif .

Saranan syarah:
a).Badzlul Majhud oleh sheikh Khalil Ahmad As-saharanfuri meninggal pada tahun 1346 hijrah.

b).Awnul Ma’bud oleh Al-allamah Muhammad Syamsul Haqq Azhim Abaadi yang diberi Hasyiah dan Ta’liq oleh Hafiz Syamsuddin Ibnu Qayyim Al-jauziyyah lahir pada tahun 691 dan meninggal pada tahun 751 hijrah.

5).Sunan An-nasaie oleh Imam Ahmad Syuib An-nasaie yang meninggal pada tahun 279 hijrah.

Kebaikan:

a).Para perawi yang ramai dan kedudukannya juga kuat.

Kekurangan:
b).Masih terdapat hadis Dhaif .

Saranan syarah:
a)Syarah oleh Hafiz Jalaluddin As-suyuthi meninggal pada tahun 911 hijrah beserta dengan Hasyiah Imam As-sindie meninggal pada tahun 1138 hijrah.


6).sunan Ibnu Majjah oleh Imam Muhammad bin Zaid bin Majjah Ar-rabaie meninggal pada tahun 273.

Kelebihan:
a).Masih mendapat sanjungan daripada ulama.

Kekurangan:
a)Terdapat beberapa hadis Maudhu’(palsu).

Saranan syarah:
a). Syarah oleh Hafiz Jalaluddin As-suyuthi meninggal pada tahun 911 hijrah.


Bercerita tentang kitab hadis memang terlalu banyak, namun dibawah ini terdapat beberapa senarai kitab hadis yang juga penting antaranya:

kitab Hadis:

1).Musnad Imam Ahmad bin Hambal meninggal pada tahun 241 hijrah yang ditahqiq oleh Sheikh Ahmad Muhammad Syakir (tidak sempat dihabiskan dan disambung oleh Sheikh Hamzah Ahmad Zain)atau tahqiq Sheikh Shuib Al-arnouth bersama muridnya.

2).Al-muattho’ oleh Imam Malik bin Annas yang disyarahkan oleh imam Muhammad Abdul Baqi Az-zurqanie yang meninggal pada tahun 1122 hijrah.

3).Shahih Ibnu Hibban oleh Imam Muhammad bin Hibban meninggal pada tahun 354 hijrah yang ditahqiq oleh sheikh Shuib Al-arnouth
.
4).Shahih Ibnu Khuzaimah Oleh Imam Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah yang di tahqiq oleh Dr.muhammad Mustafa Al-a’zhami.(tidak sempat dihabiskan penulisan kitab ini).

5).Sunan Qubra oleh imam Abu Bakar Ahmad bin Hussain bin Ali Baihaqi.

6).Sunan Ad-darimie oleh Imam Abdullah bin Abdul Rahman Ad-darimie meninggal pada tahun 255 hijrah.

7)Sunan Daruquthni oleh imam Ali bin Umar Daruquthni yang meninggal pada tahun 375 hijrah.

8)Musannaf oleh Imam Abu Bakar bin Abdullah Bin Muhammad Bin Abi Syaibah meninggal pada tahun 235 hijrah juga oleh Imam Abdul Bakar bin Abdul Razzaq.

9)Syarah Musykil Asthar Oleh Imam Thahawi yang meninggal pada tahun 321 hijrah.

10).Faidhul Qadeer oleh Imam Al-munawee yang mensyarah kitab Jami’ Shaghir oleh Imam As-Suyuthi.

11).Nailul Authar oleh Imam As-syaukani yang meninggal pada tahun 1250 hijrah.


Kitab ‘illal(masalah yang berkaitan pada perawi hadis):
1).kitab ‘illal oleh imam Daruquthni (kitab ini ditulis oleh anak murid Imam Daruquthni berdasarkan hafazannya).

2).kitab ‘illal oleh Imam Ibnu Madini yang meninggal pada tahun 234 Hijrah(guru Imam Bukhari).

Kitab takhrij Hadis:
1).Taghrib wa Taghhib oleh Imam Abdul Azhim Al-munziri meninggal pada tahun 656 hijrah yang ditahqiq oleh Sheikh Nasaruddin Al-albani dan disusun semula oleh Sheikh Masyhur Hassan Salman.

2).Riyadusshalehen oleh Imam Yahya Bin Syaraf An-nawawi meninggal pada tahun 676 hijrah juga disyarahkan oleh Sheikh Muhammad bin sholeh Al-usthaimeen atau sheikh Mustafa Dib Bugha.

3).Kunzul Ummal oleh Allauddin Ali muttaqi Al-hindi yang meninggal pada tahun 975 hijrah
4).Misykat Al-mashobeh Oleh Imam Muhammad Bin Abdullah Khatib At-tabrizi meninggal pada tahun 737 hijrah.

Musthalah hadist :
1).Al-muhaddist Al-fashil baina rawi wal w’aie oleh Imam Abdul Rahman Ar-ramahurmuzi meninggal pada tahun 376.
2).Ma’rifah Ulum Hadis oleh Imam Hakim An-naisaburi yang meninggal pada tahun 405 hijrah.

3).Muqaddimah oleh Ibnu Solah Usthman bin Abdul Rahman yang meninggal pada tahun 643.

4).Syarah Manzumah baiquniyyah oleh sheikh Muhammad bin Sholeh Al-usthaimeen.

Kitab yang mengumpulkan hadis maudhu’(palsu) :
1).Al-maudhuaa’t oleh Imam Ibnu Qayyim Al-jauziyyah yang meninggal pada tahun 597 hijrah.

2).Al-laie Al-mashnuah fi Ahadist Al-maudu’ah. Oleh imam Suyuthi meninggal pada tahun 911 hijrah.

Kitab mukhtalaful Hadist :
1).Ikhtilaful hadis oleh Imam Muhammad bin Idris As-syafie yang meninggal pada tahun 204 hijrah.

2).Ta’wil Mukhtalaful Hadis oleh Imam Ibnu Qutaibah yanq meninggal pada tahun 276 hijrah.
Tebal

Kitab Rijal(perawi hadist):
a).Biografi Sahabah :
1).Asadul Ghabah oleh oleh Izzuddin bin Hassan Ali bin Muhammad bin Asthir yang meninggal pada tahun 630 hijrah.
2).Al-isobah oleh Hafiz Ibnu Hajar Asqalani yang meninggal pada tahun 852 hijrah.

b).Tabaqat :
1).Thabaqaat Al-qubra Oleh imam Abdullah Muhammad Bin Saied yang meninggal pada tahun 230 hijrah.
Tebal
2).Tazkirah Al-huffaz oleh Abi Abdellah bin Muhammad Az-zahabi yang meninggal pada tahun 748 hijrah.

c).Perihal perawi secara Umum :
1).Tarikh Al-kabir oleh Imam Bukhari yang meninggal pada tahun 256 hijrah.

2).Jarah Wal Ta’dil oleh Imam Ibnu Abi Hateem yanh meninggal pada tahun 327 hijrah.

3)Kitab As-sthiqaat oleh Ibnu Sholeh Al-‘ijlee yang meninggal pada tahun 261 hijrah,juga ditulis oleh imam Ibnu Hibban Al-busti yang meninggal pada tahun 354 hijrah.
4).kitab Ad-dua’faa oleh Imam Ibnu Uqaili yang meninggal pada tahun 323 hijrah.

5).kitab Al-kamil Fi Du’afaa Oleh Imam Ibnu ‘Adie yang meninggala pada tahun 365 hijrah.


d).Kitab perawi Sunan Sittah dan lain-lain yang paling utama dalam mengetahui perawi hadist :
1).Al-kamal fi Asmai Rijal oleh hafiz Ibnu Ghani Al-maqdisi yang meninggal pada tahun 600 hijrah kemudian disusun dan diperbaiki semula dan maka terhasil kitab,

-Tahzib Al-kamal oleh Imam Al-mizzi Yang meninggal pada tahun 742 yang ditahqiq oleh Dr. bassyar A’wwad M’ruf(murid sheikh Shuib Al-arnouth).kemudian disusun dan diperbaiki sekali lagi maka terhasil kitab,

-Ikmal tahzib Al-kamal oleh Hafiz Alauddin Mughlathoie yang meninggal pada tahun 762 hijrah,juga dua kitab yang diringkas dari kitab Tahzibul Kamal iaitu,

-Tazhibul Tahzib dan Al-kasyif oleh Imam Az-zahabi yang meninggal pada tahun 748.kemudian kitab ini dan Kitab Tahzibul Kamal diringkaskan lagi,maka terhasil 2 kitab,

-Tahzibul Tahzib dan Taqribul Tahzib oleh Imam Ibnu hajar Asqalani dan yang terakhir kitab ini diringkaskan lagi maka terhasil,
-Khulasah Tazhib Tahzib Al-kamal oleh imam shofiyuddin Al-khazarji Al-anshori yang meninggal pada tahun 900 hijrah.

Selain itu banyak juga kajian-kajian ilmiah dan kitab-kitab hadist di zaman ini yang ditahqiq dan dihasilkan oleh sheikh Muhammad Nasaruddin Al-albani,sheikh Ahmad Muhammad Syakir,Sheikh Abdul Qadeer Al-arnouth,sheikh Shuib Al-arnouth dan ramai lagi ulama-ulama hadist yang tidak kurang hebatnya.Ada yang memuji dan mengkritik hasil kajian mereka..bagi saya orang yang mengambil terus kajian ini tanpa usul periksa adalah tersilap dan orang yang menolak terus kajian ini juga adalah tersalah..apatah lagi mengambil kajian ulama sekarang dan mengetepikan secara langsung kajian ulama terdahulu..sebagai penuntut ilmu kita perlu sentiasa meneliti bahan-bahan yang terbentang di depan kita dan sentiasa bersikap pertengahan lagi terbuka dalam menilai ulama dan kajian mereka…… biar tersalah berbaik sangka kepada ulama jangan tersalah berburuk sangka kepada ulama.
P/s : Sudah semestinya senarai dan maklumat yang saya berikan tidak mencukupi disebabkan kedhaifan dan kefakiran saya terhadap ilmu…sebarang kajian boleh dinilai semula dan boleh bertanya kepada orang yang lebih mengetahui ,saya tidaklah mengkritik kitab-kitab ini melainkan telah ada ulama-ulama terdahulu yang telah mengkritiknya.
WALLAHU"ALAM
insan yang faqir mengharapkan pengampunan ALLAH.

Minggu, 20 Juni 2010

KITAB TAFSIR YANG WAJIB ADA PADA SEORANG PENUNTUT ILMU

Nama: kitab tafsir


1).Tafsir Thabari oleh Imam Abi Jaafar Muhammad bin Jarir At-Thabari lahir pada tahun 224 hijrah dan meninggal pada tahun 310 hijrah
Kelebihan:
a).Tafsiran menggunakan hadis dan perkataan para sahabat bersama sanadnya
b).Pengarang menggunakan sudut pandangan ilmu bahasa Arab seperti syair-syair dalam memahami perkataan
.
Kekurangan:
a).Perbahasan yang terlalu panjang sehingga pengarang menyebutkan secara teperinci nama-nama perawi.
b).Meninggalkan sesuatu masalah tanpa tarjihan
c).Terdapat banyak hadif dhaif

saranan tafsir Thabari yang telah ditahqiq:
a).Tahqiq sheikh Ahmad Muhammad Syakir dan sheikh Mahmud Muhammad Syakir.

2).Tafsir Ibn Kasthir oleh imam Abi Fida Ismail bin Umar bin Kasthir lahir pada tahun 700 hijrah dan meninggal pada tahun 774 hijrah.

Kelebihan:
a).Mengtafsir ayat Al-quran dengan Al-quran
b).Mengtafsir Al-quran dengan hadis yang kebanyakanya tertapad dalam kitab-kitab hadis yang utama
c).Menyebutkan perkataan para Tabien dalam tafsiran

Kekurangan:
a).Masih terdapat riwayat Israiliyyat
b).Sesetengah perbahasan terlalu singkat

Saranan tafsir Ibnu Kasthir yang telah diringkaskan atau ditahqiq
a).Tahqiq sheikh dr Solah Abdul Fattah Al-khalidi
b).Tahqiq sheikh Ahmad Muhammad Syakir
c).Tahqiq Sheikh Ali Shobuni
d).Tahqiq sheikh Mohd Nasiruddin Al-albani
e).Tahqiq Sheikh nasib Al-rifa’e
f)Tahqiq Sheikh Mustafa Al-adawee


3). Tafsir adhwa Al-bayan oleh Sheikh Muhammad Al-amin As-syanqaithi

Kelebihan:
a).Menjelas permikiran Ahli Sunnah dan mendebat aliran-aliran sesat.
b).Gaya bahasa yang tinggi

kekurangan:
a).Ada puluhan Ayat atau lebih yang tidak ditafsirkan
b).Berjela-jela melakukan perbahasan usul fiqh

saranan Tahqiq:
a).tahqiq oleh sheikh bakr abu zaid

4).tafsir taisir karim Ar-rahman fi Tafsir Kalam Al-mannan oleh sheikh Abdul Rahman Bin Nasir As-sa’die lahir pada tahun 1308 hijrah dan meninggal pada tahun1376 hijrah
Kelebihan:
a).Tafsir yang ringkas dan perbahasan yang mudah.
Kekurangan:
a).pengarang mengugurkan matan hadis dan hanya mengambil mafhumnya
saranan tahqiq:
a)tahqiq sheikh mohd bin sholeh Al-ushaimeen

jika perbelanjaan berlebihan bolehlah membeli sejumlah tafsir yang banyak seperti:
Tafsir:
a)Tafsir Al-kassyaf oleh imam zamakhsyary
b).Tafsir Ar-razi oleh imam Fakhruddin Ar-razi
c).Tafsir Al-qurtubi oleh imam Muhammad bin Ahmad Al-qurtubi
d).Tafsir Al- baidhawi oleh Imam Abdullah bin Umar Al-baidhawi
e).Tafsir Addurul Mansur oelh Imam As-shuyuthi
f).Tafsir Fathul Qadir oleh imam As-syaukani
g).Tafsir Al-baghawi oleh imam baghawi
h)Tafsir Ruh Al-ma’anie oleh imam Al-alusi
i).Tafsir AL-manar oleh sheikh Mohd Rasyid Rehda
j).Tafsir At-tahrir At-tanwir oleh sheikh mohd Thohir Bin A’syur
k).Tafsir Al-munir oleh sheikh Wahbah Al-zuhaili
l).Tafsir Fi Zhilali Al-quran oleh Sheikh Syed Qutb


Ahkam Al-quran :
a) Ahmad Bin Ali Al-jasshos
b)Ibn A’rabi
c)mohd Ali shobuni


Asbabul nuzul:
a).Asbabul nuzul Oleh imam Al-wahidi An-naisaburi
b).An-Nuqul fi Asbabil nuzul oleh imam syuyuthi


Ulum Al-quran
a).Al-burhan fi Ulum Al-quran oleh imam zarkasyi
b).Al-itqan fi Ulum Al-quran oleh imam As-syuyuthi
c)Manahil Al-irfan fi Ulum Al-quran oleh Imam Barqani
d)I’jaz Al-quran oleh Imam Baqillani

P/S…selain itu juga digalakkan membeli kitab-kitab usul Al-quran oleh sheikh Fadhal Hassan Abbas dan Sheikh Solah Abdul Fattah Al-khalidi….SEBARANG KRITIKAN KEPADA KITAB BUKANLAH DI SENGAJAKAN,SESUNGGUHNYA TIDAK ADA YANG MAKSUM DI DUNIA INI MELAINKAN AL-QURAN

PERMATA YANG TINGGAL

Exam dah bermula…kalau mengikut tarikh lusa ada exam….nak pergi ke tak nak,tak pergi rugi sebab dah janji dengan Dr.Asraf Bani Kinanah…emm…pergi jelah…saya bergegas turun ke bawah sambil mencari teksi…ini merupakan kali kedua saya ke kuliyyah sheikh Al-allamah Al-muhaddis sheikh Abu Harist Hassan Ali Al-halabi…beliau merupakan seorang ulama hadis yang disegani di dunia islam…beliau adalah anak murid kesayangan Al-allamah Al-muhaddis sheikh Al-Albani rahimahullah.Apabila sampai di tempah kuliyyah maahad tahfiz Khalaf Tal…saya agak terlewat kerana tempat di dalam dewan dipenuhi oleh sheikh-sheikh yang ingin menyertai sesi -soal jawab fatwa bersama sheikh Ali Al-halabi…lalu saya terpaksalah duduk di hadapan pintu masuk dewan..kelihatan Dr.asraf Bani Kinanah merenung berkali-kali ke arah saya..seperti ada sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada saya …beliau merupakan pengacara majlis pada hari itu…

Beberapa minit kemudian sesi soal jawab bermula…soalan demi soalan yang berkaitan seputar aqidah, feqah, hadis dan sheikh menjawab secara sepontan dengan dalil-dalil dan hujjah yang berkesan dan jelas.soalan yang berkaitan muamalat dan kewangan juga tidak kurang banyaknya…antaranya hadis berkaitan jual beli a’rbun(jual beli deposit)sheikh mengatakan hadis itu dhaif sanadnya…dan beliau menerangkan tentang kecacatan hadis itu…saya juga setuju bahawa hadis itu dhaif kerana Al-allamah faqih Al-muhaddis Imam Nawawi di dalam kitabnya Majmuk Syarah Muhazzab juga mendhaifkn hadis itu…emm..bukan senang nak mendhaifkn dan mengshahihkan hadis…berkata sheikh Al-Albani di dalam kitab biografinya..aku tidak akan mengshahih dan mendhaifakn hadis melainkan ada ulama sebelumku yang mengsahihkan atau mendhaifknnya…
setelah selesai majlis soal-jawab dan fatwa itu dan semua hadirin berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh sheikh Ali Al-Halabi…kami menuju ke masjid yang jaraknya tidak sampai 100 meter dari dewan kuliyyah…

setelah selesai solat kami menziarahi rumah Dr Ayraf Bani Kinanah yang hanya terletak di bawah masjid tempat kami solat berjemaah maghrib sebentar tadi.sambil berjalan menuju ke rumahnya,saya berbual-bual dengan sheikh tentang lawatannya ke Malaysia…sheikh memuji Malaysia dan juga makanannya..
"dalam hatiku berkata boleh tahan juga sheikh ni dalam barbicara tentang makanan" ..setelah duduk beberapa minit tiba-tiba Dr.Asraf mengajak saya kembali semula ke dewan untuk sesi ulasan terhadap kuliyyah sebentar tadi..dan kini persolan saya terjawab..rupa-rupanya Dr.Asraf mengharapkan saya memberi ulasan terhadap kuliyyah sheikh tadi dan akan ditayangkan di televisyen…siapalah saya ingin memberi ulasan terhadap sheikh Al-allamah Ali Al-halabi…saya seorang insan yang faqir dengan ilmu,miskin dengan akhlaq,papa dengan amalan soleh dan sering bermaksiat kepada ALLAH…lalu saya menolak untuk semua itu…terbayang kehampaan diwajah Dr..Asraf ketika itu yang terlalu mengharapkan saya mengulas kuliyyah itu…dan sebelum sheikh mengundur diri …saya meminta kebenaran dari Dr Asraf untuk bergambar dengan sheikh Ali Al-halabi .permintaan saya diutarakan oleh Dr.Asraf kepada sheikh….akan tetapi sheikh tidak membenarkan…katanya :tidak dapat apa-apa pun bergambar ni kalau video boleh lah…
lantas saya disuruh duduk disebelah sheikh Ali Al-halabi…saya menghampiri sheikh dan meminta nasihat dari padanya dan dia mendoakan agar hati ikhlas dalam menuntut ilmu dan dakwah di Malaysia…tambahan katanya…memang kamu berdakwah di Malaysia di tindas dengan kuat tetapi cuba renung firman ALLAH surah Al-Baqarah ayat 269 (ALLAH memberikan hikmah yaitu kemampuan dan kebolehan untuk memahami agama, maka barangsiapa yang diberi hikmah maka sesungguhnya dia diberikan kebaikan yang banyak dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran melainkan yang dikurniakan aqal)dan aku melihat bahawa kamu perlu jelaskan apa sebenarnya yang kita dakwah dan lakukan agar mereka yang menuduh kita menolak mazhab dan ulama, faham bahawa kita mencintai dan menyayangi ulama…….Ya ALLAH tetapkan hati kami dalam menegakkan kalamMu dan Sunnah nabiMU…..Salallahu alaihi Wassalam….ameeen…

Sabtu, 05 Juni 2010

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG

Ketika duduk berehat di tingkat tiga jamiah Ulum Islamiah tiba-tiba saya terpandang seorang sahabat dari Thailand..dia menuju kearah saya:

Saya: nak pergi mana Solehen?
Solehen: saya ada kelas nie nak cepat
Saya: kelas dengan siapa tu??
Solehen: Dr.fadhal Hassan Abbas
Saya: nak ikut boleh??
Solehen : cepatlah turun ke dewan tingkat satu….


Hanya syukur ku panjatkan kepadaMU ya ALLAH…menemukan kepadaku dua dari tiga ulama yang ingin aku temui..lantas saya bergegas turun ke tingkat satu dan terus ke dewan..semua murid-murid sheikh Fadhal Hassan Abbas memandang kearah saya..saya terus menuju ke arah sheikh dan meminta kebenaran untuk mengikuti kelasnya…sambil hati saya mengucapkan syukur kepada ALLAH kerana beliau membenarkan saya mengikuti kelasnya…

Sheikh Dr. Fadhal Hassan Abbas merupakan seorang profesor yang cacat penglihatan sedari kecil.masih terbayang ingatan saya semasa Dr.talawabeh yang merupakan seorang Dr..Hadist di Universiti Yarmouk membuat perumpaan dalam memberikan contoh sanad katanya:diceritakan kepadaku oleh sheikh Dr.fadhal Hassan Abbas..beliau merupakan seorang yang alim dan beliau juga merupakan seorang bakian mufassir di dunia ini..terkejut saya mendengar kata-katanya..ketika saya berbual dengan Dr.Abdullah Al-juyusyi seorang pakar tafsir di universiti Yarmouk…katanya sheikh dr.fadhal Hassan Abbas merupakan guru yang banyak membimbing saya dalam bidang tafsir…..

Kelas terus berjalan sambil mata saya tidak berkelik langsung memandang ke arahnya…orangnya tidak terlalu besar dan tidak terlalu tinggi tetapi mukanya berseri-seri…

Suaranya cukup kuat dan bertenaga walaupun sudah uzur dimamah usia…..katanya
Tidak akan maju dan kehadapan seseorang yang belajar sendiri lebih-lebih lagi ilmu berkaitan dengan Al-quran kerana mempelajarinya bukan hanya mengenali hurufnya sahaja…dan ilmu di universiti hanyalah kunci semata-mata.

Beliau berkata lagi…sekarang aku memberikan kamu dua contoh hadis iaitu yang pertama…hadis riwayat bukhari…dibina islam atas lima dan seterusnya…hadis kedua ialah hadis yang juga riwayat bukhari..iman itu terbahagi kepada tujuh puluh atau enam puluh cabang…jadi apakah pandangan ulama bayan terhadap hadis ini…kelas terdiam sambil hanya menunggu jawapan dari beliau…
baiklah hadis yang pertama adalah kiasan Nabi Salallah Alaihi Wassalam kepada rumah kerana rumah itu tidak tegak melainkan dibina, dan daripada rumah itu jadilah tempat berteduh,dari segalanya..

Hadis kedua pula merupakan kiasan kepada pokok…kerana tidaklah pokok itu melainkan padanya cabang-cabang…jadi dari pokok itu itulah jadinya segala bunga dan buah juga hasil-hasil lain…
sungguh dalam perbahasannya yang selama ini tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya…lantas saya memikirkan bahawa rukun islam itu adalah ibarat rumah yang jika tiadanya maka tidak ada maknanya islam itu dan hanya tinggal pada nama..dan pokok pulak dikiaskan kepada iman kerana dengannya terpancar akhlak yang baik,sifat ikhlas dan sebagainya seperti hasil yang dikeluarkan dari sebatang pokok..
Beliau menyoal kepada murid-muridnya akan kerja rumah yang diberinya…beliau bertanya tentang suatu perkataan ajaib yang tidak pernah saya dengar sebelum ini…iaitu kusymaihani katanya apakah bacaan yang paling tepat kusymaihanu,kusymaihana,kusymaihani??..saya bertanya kepada sahabat saya Solehen..tentang perkataan itu…dia berkata itu adalah nama seorang perawi di dalam sahih Bukhari….dalam hatiku berkata bagaimana seorang yang cacat dari segi penglihatan dapat mengetahui seorang perawi hadis yang jarang-jarang didengari…maka jauh dilubuk hati saya berkata…ALLAH memberikan kepada hamba-hambanya keistemewaan yang sangat luar biasa…teringat saya kepada seorang faqih Al-Allamah ibn bazz..rahimahullah yang juga cacat penglihatan dari kecil…seorang mufti yang disegani Saudi dan juga digeruni kawan dan lawan telah menyusun menghasilkan banyak kitab antaranya Syarah Shahih Bukhari yang berjumlah 14 jilid…bagi saya bukan 14 jilid….14 keping kertas pun tidak mampu saya hasilkan walaupun dianugerah sepasang mata dari ALLAH yang selalu bermaksiat kepadaNYA….jadi siapakah yang ingin menperlekehkan dan mengutuknya tanpa ilmu .baiklah dari seluruh perkataan dan kajian ulama maka yang paling tepat ialah kusmaihani katanya…

Kelas diteruskan dan tiba-tiba azan Asar berkumandang…sambil sheikh menghayatinya seruan itu satu persatu…setelah habis azan beliau berkata…mari cepat kita tunaikan solat…dalam hatiku berkata…Ya ALLAH sungguh mulia hambamu ini dan beliau tidak pernah melengahkan masa bersamaMU…aku yang dianugerahkan pelbagai kesenangan dan kemudahan tidak mampu melakukan sepertinya…sungguh hina diriku…kami solat di dewan kelas serta- merta…setelah selesai solat kelas diterukan sehingga keakhirnya…tidak pernah terlintas difikiran saya bahawa sedang berada di hadapan laut yang luas yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmunya…
Alhamdulillah banyak yang saya pelajari walaupun Cuma tiga jam di dalam kelas itu...insyaALLAH..dengan izinNYA saya akan bertemu dan mengikuti lagi kelas dengannya…teringat saya kata-katanya yang membekas di hati saya di akhir ucapannya…beliau berkata…bertaqwalah kamu kepada ALLAH.bertaqwalah kamu kepada ALLAH,bertaqwalah kamu kepada ALLAH…jika tidak ada taqwa kepadanNYA maka tiada gunanya
Sebelum beliau keluar dari dewan itu saya mencium pipinya dan meminta kebenaran dari anak beliau untuk memimpinnya….Ahamdulillah anaknya mengizinkan saya untuk memimpinnya…dan yang paling sedih dan pilu di hati saya sepanjang saya memimpinnya menuju ke dalam kereta,…beliau tidak berhenti dengan Tasbih,Tahmid,Takbir yang membasahi lidahnya…Ya ALLAH sesungguh hambaMU ini lalai dalam mengingatiMU dan sering bermaksiat kepadaMU…jadikanlah aku dan pembaca sekelian menuntut ilmu untuk takut kepadaMU…..ameeeen….

Jumat, 04 Juni 2010

JARAK LANGIT DAN BUMI

Pegembaraan saya ke Amman untuk bertemu dengan tiga ulama yang tidak asing lagi di dunia islam iaitu:

Al-allamah dr Mustafa Dib Bugha
Al-allamah mufassir dr Fadhal Hassan Abbas
Al-allamah mufassir dr Solah Abdul Fattah Al -khalidi


alangkah gembiranya saat itu…perjalan ke amman mengambil masa hampir 2 jam menaikki coster(bas kecil) dari Irbid yg amat memenatkan…namun bagi saya fenomena ini sudah menjadi kebiasaan saya setiap minggu…ianya sudah biasa…bab kata pepetah melayu alah bisa tegal biasa..

Tapi hari ini agak berbeza…jika selalunya saya menghadiri kelas Al-muhaddis Sheikh Shuib Al-Arnouth tetapi hari ini lebih mencabar untuk berdepan degan tiga ulama sekaligus yg tidak asing lagi di dunia islam jika dibandingkan saya degan tiga ulama ini, sudah tentu jauhnya ibarat langit dan bumi malah bukan itu saja,tetapi boleh dibaratkn kerak bumi dan langit ketujuh bezanya…tapi sudah menjadi hasrat saya untuk bertemu dgn mereka jadi saya buangkan rasa segan dan malu itu jauh-jauh mungkin

Sesampainya saya di jamiah Ulum Islamiah terus menerpa ke pejabat dr Solah Abd Fattah Al- khalidi..


Tapi saya agak kecewa kerana waktu muhadarahnya bermula pukul 1 dan berakhir pukul 2…sekarang sudah pukul 2.30…alamak dia dah balik…keluh saya di dalam hati…
Saya terus berlegar di sekitar jamiah dan membaca khabar di papan kenyataan…alamak saya terlepas satu lagi munaqasyah dokturah yang musyrifnya dr Mustafa Dib Bugha…tidak mengapalah dah tak ada rezeki nak buat cmna…saya terus mendaki tangga-tangga dengan perasaan yang hampa sehingga ke tingkat 5 dan berehat di situ dan tiba-tiba…seorang sheikh menegur saya datang dari mana dan tujuan ape,saya menceritakan niat saya datang dengan nada yang perlahan,katanya mari kita pergi ke pejabatnya sekali lagi,,,lantas saya mengekorinya dari belakang dan apabila sampai di tingkat tiga jamiah saya rasakan hati saya berdebar-debar…


Rupa-rupanya sekarang saya berada di depan seseorang yang saya kagumi selama ini bukan lagi mimpi…saya sedar beliau bukan milik saya tetapi milik ummat islam…..beliau dikerumuni oleh murid-muridnya…namun sesekali dia memandang kearah saya sambil tersenyum…setelah semua muridnya beredar beliau mempersilakan saya masuk…lalu saya bersalaman dengannya sambil memeluk dan mencium pipinya…beliau sungguh ramah..sehingga kami cepat sekali mesra….dan beliau cepat menghafaz nama saya…katanya…macamnilah Mustafa saya nak cepat nie nanti kita berjumpa lagi...ye..saya akur dengan permintaannya..lalu dia berlalu pergi sambil meninggalkan senyuman…insyaALLAH saya akan menghadiri kelasnya pada masa akan datang……macam mana dengan sheikh al-allamah al-mufassir dr.FAdhal Hassan Abbas????????

Kamis, 03 Juni 2010

AL-ALAMMAH AL-MUHADDIS SHEIKH SHUIB AL-ARNOUTH

Sheikh Shuib bin Muhram Al-Arnouth,merupakah ayah kepada sheikh Shuib Al-arnouth berasal dari keturunan Albania, disebabkan terlalu menyanjungi kelebihan bumi Syam dan terlalu cintakan ulama,maka ayahnya berhijrah ke Damsyiq pada tahun 1926 dan menetap di sana
Pada tahun 1928 maka lahirlah sheikh Shuib Al-Arnouth di bandar Damsyiq,dan mendapat pendidikan awal agama daripada ayahnya,kemudian menghafaz banyak juzuk daripada Al-Quran.

Disebabkan kefahamannya yang mendalam terhadap Al-Quran maka hal ini telah merangsang Sheikh shuib Al-Arnouth untuk memasuki sekolah bahasa arab dalam umurnya yang terlalu muda,sewaktunya dia masih kecil minatnya terhadap ilmu mendorong dirinya untuk mengikuti kelas talaqqi Saraf, Nahu, Adab, Balaghah dan segala ilmu bahasa arab yang diadakan di sekitar masjid Damsyiq sewaktu umurnya 10 tahun.

Sheikh Shuib telah mendalami ilmu bahasa arab daripada ulama besar di Damsyiq antaranya
sheikh Sholeh Al- Furfur,sheikh Arif Adduwaji mereka berdua merupakan murid kepada alim Syam pada masa itu iaitu sheikh allamah Badruddin Al -hasani,diantara kitab yang dibaca oleh sheikh Shuib Al-Arnouth kepada gurunya ialah kitab syarah Ibn Aqil,Kafiah Ibn Al-hajab,Al-mufassal oleh Zamakhsyari,Asrar Balaghah dan Dalailu I,jaz oleh Al-Jurjani,dia juga mendalami bahasa arab daripada sheikh Sulaiman Alghawaji Al-Albani yang mengajar kitab Al -awamil oleh Barkawi,dan kitab Al-izhar oleh Al-thahli.

Setelah menguasai dan mendalami semua ilmu usul bahasa arab sheikh shuib al-arnouth telah menunjukkan minatnya kepada Fiqh islami,dan kali ini beliau telah menghabis banyak masa mempelajari kitab Feqah terutama kitab fiqh imam Hanafi,antaranya kitab Maraqi Falah oleh Syarnabali,Al-ikhtiar oleh Al- mausili dan Hasyiah Ibn Abidin,setelah 7 tahun bergelumbang dengan fiqh islami maka maka di meneruskn pengembaraan ilmu secara mendalam terhadap ilmu Usul Fiqh,Tafsir Al-quran,Musthalah Hadis,kitab Akhlaq,sehingga 30 tahun lamanya.

Di antara sebab sheikh Shuib mula mencintai ilmu hadis adalah disebabkan ulama di zamannya sentiasa mendampingi hadis,mengetahui dhaif n shahih lalu menjadikan beliau lebih cenderung kepada hadis. Pada tahun 1957 beliau mula bekerja di Maktabah Islami dan mengetua jabatan tahqiq kitab-kitab turash selama 20 tahun dan telah menjadi pengarah untuk mengtahqiq lebih dari 70 buah kitab utama..dari pelbagai ilmu Kemudian beliau berpindah ke Muassasah Risalah dan menjadi ketua di jabatan tahqiq kitab turash di sana Sheikh Shuib telah melahirkn ramai murid dan di antara muridnya yang tidak asing lagi di dunia islam adalah seperti:

حمد نعيم العرقسوسي
إبراهيم الزيبق
عادل مرشد
عمر حسن القيَّام
أحمد عبد الله
أحمد برهوم
رضوان العرقسوسي
كامل قره بللي

Pujian ulama terhadapnya

1)Telah berkata doktor Bassyar Awwad Ma’ruf di muqadimah tahqiq kitab Siyar A’lam Nubala:kemudian dia mengetuai kerjanya degan melakukan penelitian terhadap tahqiq kitab ini,seorang yang alim yang mengkagumkan,berdaya menyelesaikan kekalutan dan kekeliruan dalam kitab ini dan dia merupakan professor muhaddis Sheikh Shuib Al-Arnouth

2)Telah berkata sheikh Naim Al-Urqusi pada muqadimah tahqiq kitab Taudih oleh Ibn Nasiruddin:aku mengucapkan terima kasih kepadanya yang mulia,kerana member tunjuk ajarnya kepadaku dalam mengtahqiq kitab.dia merupakan seorang yang dihormati iaitu yang dimuliakan lagi dikurniakan kecerdikan sheikh Shuib Al-Arnouth

3)Sheikh Ibrahim Al-zibaq telah berkata di muqadimmah tahqiq Tabaqah Ulama Hadis oleh Ibn Abdul Hadi: dia telah membukakan kepadaku jalan- jalan penghidupan kemudian aku mengambil segala ilmu dengan tanganku darinya mendalami ilmu tahqiq,kepadamu Sheikh Shuib Al-arnouth aku luaskan terima kasih,semoga ALLAH melindungiku daripada kebaikanmu yang aku pelajari

4)Telah berkata Sheikh Umar Hassan Al-qiam pada muqadimmah tahqiq kitab Syarah hadis ALLAHumma Bi.ilmika Al-ghaib:yang mengalakkan aku menuruti jalan sheikh al-allamah al-muhaddis sheikh Shuib adelah kerana satu daripada alim hadis di zaman ini.

Di antara kitab-kitab yang ditahqiq oleh sheikh Shuib Al-arnouth:

Maktabah islami:

1- شرح السُّنة للبغوي enam belas jilid
2-وروضة الطالبين للنواوي kerjasama dengan sheikh Abdul Qadir dua belas jilid

3-أغاني ابن منظور، satu jilid
4- شرح المقنع ابن مفلح الحنبلي sepuluh jilid

5-مسير لابن الجوزي، kerjasama dgn sheikh Abdul QadirAl-arnouth sembilan jilid

6- شرح غاية المنتهى لرحيباني، kerjasama dgn sheikh Abdul QadirAl-arnouth enam jilid
7-الكافي لابن قدامة، kerjasama dgn sheikh Abdul QadirAl-arnouth 3 jilid

8- منار السَّبيل في شرح الدَّليل لابن ضويان dua jilid

9-المنازل والدِّيار لأسامة بن منقذ، dua jilid
10- مسند أبي بكر للمروزي، satu jilid

Muasasah risalah:



1- سير أعلام النُّبلاء للذَّهبي، duapuluh lapan jilid bersama muridnya

2- الإحسان في تقريب صحيح ابن حبَّان lapan jilid
3- سنن النَّسائي الكبرى kerjasama dgn sheikh Hassan syalbi dua belas jilid
4- العواصم والقواصم في الذبِّ عن سنة أبي القاسم لابن الوزير tujuh jilid


5-سنن الدَّارقطني، kerjasama dgn sheikh Hassan syalbi lima jilid

7- زاد المعاد لابن القيِّم، kerjasama dgn sheikh Abdul Qadir Al-arnouth lima jilid
8-تاريخ الإسلام للذهبي، kerjasama dgn dr.basyar awwad ma’ruf empat jilid
9- التعليق الممجَّد شرح موطَّأ محمد لأبي الحسنات اللَّكنَوي empat jilid
10- مسند الإمام أحمد، lima puluh dua jilid

11- الآداب الشَّرعيَّة لابن مفلح kerjasama dgn sheikh Hassan al-qiam empat jilid

12- طبقات القرَّاء للذهبي، kerjasama dgn dr.basyar awwad ma’ruf dua jilid
13-موارد الظمآن للهيثمي، kerjasama dgn sheikh ridhwan urqusi dua jilid
14- شرح العقيدة الطحاويَّة ابن أبي العز، kejasama dgn dr Abdullah al-turki dua jilid

15- رياض الصَّالحين لنَّووي، satu jilid
16- المراسيل لأبي داود، satu jilid













Rabu, 02 Juni 2010

KATA MURIDNYA

Kata muridnya yang merupakan seorang doktor ..Anta sheikhul islam ya saidi……….jawabnya ..la ana talabul ,ilmi dhaif………katanya bila anak muridnya memuji….

kata orang dia taksub mazhab Abu Hanifah…….
katanya….imam Abu Hanifah ma lau nazala minas sama ma’sum yukhti(imam Abu Hanifah bukan turun dari langit ma’sum dia juga tersilap)

……bila dia bermesra degan saya apa katanya…umur berapa?? Ana menjawab…21oh…tapi aku tengok kau ni dah ada jambang…mesti boleh kahwin banyak ni ….kalau aku ikut engkau balik Malaysia ada orang nak kahwin dengan aku? Saya jawab insyaALLAH…sambil semua muridnya tertawa kecil…katanya lagi…baiklah aku ikut engkau balik Malaysia…gemuruh suasana menjadi hingar- bingar dengan dialog ibarat seorg cucu dgn datuknya….sambil hilaian tawa muridnya yang memerhatikan kearah saya…

Kata orang sheikh ni tak salafi….emmrr tidak habis-habis salafi salafi dan tak salafi ………………………………

Ketika kuliyyah bersamanya….ada seorang pemuda arab ingin merakam kuliyyah…..tapi beliau tidak membenarkan….pemuda arab itu akur dengan arahan beliau…ketika saya meminta kebenaran utk merakam kuliyyah bersamanya beliau mengizinkan…kata anak muridnya…bagilah dia rakam…diakan budak Malaysia tak berapa faham bahasa arab…lalu beliau mengizinkan dan jangan disebarkn video itu nanti…Alhamdulillah kataku…syukur tidak terhingga…

Di akhir muqadimmah Sarhu Sunnah oleh Imam Baghawi katanya kami berterima kasih kpd mereka yg sama-sama menyumbangkan dalam hasil kerja tahqiq ini terutamanya kepada sheikh al-allamah al-muhaddis Muhammad Nasaruddin Al-albani…dan juga sheikh al-allamah al-muhaddis Abdul Qadir Al -Arnaouth

Syeikh Al-albani pernah mengkritik beliau dalam beberapa buah buku seperti Adab al -Zifaf,namun beliau juga pernah mengkritik sheikh al-Albani dalam takhrij musnad Imam Ahmad berkenaan hadis yang berkaitan meletakkan tangan di atas dada ketika solat. Beliau pernah berkerja sama Syeikh al -Albani dan membantu beliau ketika di Maktab Islami, bersama sama sheikh Abdul Qadir al -Arnaouth.Syeikh Al- Albani pernah berterima kasih kepada beliau kerana membantunya di dalam kajian sanad hadis..
Apabila tiga permata ulama khadam sunnah dunia di akhir zaman ini saling menghormati antara satu sama lain maka itulah sepatutnya kita contohi sebagai penuntut ilmu.

Ramai ulama dari Arab Saudi memuji dan mengiktiraf hasil kajian beliau . Bahkan jika kita
melihat buku Musnad Imam Ahmad yang ditahqiq oleh beliau dan para pelajarnya berjumlah 52 jilid cetakan terbaru Muassah Risalah ..bahawa projek menyiapkan Musnad itu adalah hasil cadangan dan biayaan Kerajaan Arab Saudi di bawah seliaan seorang ulama terkemuka iaitu Syeikh Abdullah al Turki. Mereka yang memilih beliau untuk melengkapkan kajian tersebut. Inilah pertama kali Musnad Ahmad ditahqiq lengkap setelah Muhaddith agung Mesir, al-allamah al-muhaddis sheikh Ahmad Muhammad Syakir cuba menyiapkannya tetapi beliau telah kembali ke rahmatullah dan hanya menyiapkan 15 jilid pertama dan disambung oleh sheikh Hamzah Ahmad Zain yang diterbitkan oleh Darul Qaherah Mesir.

Saya tidak jemu-jemu memandang wajahnya yang bercahaya ketika memberi kuliyyah…beliau tidak tidak pernah menghina sesiapa yg tidak sependapat dengannya,tidak pernah mencaci ulama..bahkan menyanjung sheikh Al-allamah Yusuf Qardhawi dalam fatwanya di Eropah..dia memuji al-allamah sheikh Al-albani kerana kesungguhannya di dalam hadis ..dia memuji sheikh al-allamah sheikh Abdullah bin Baz walaupun buta tapi hatinya celik…begitu juga memuju al-allamah sheikh Mohd bin shaleh al- usaithmeen kerana kefaqihannya. Tidak ada kebahagian seorg penuntut ilmu selain dapat mengikuti kuliyyah yang diimpikan oleh ulama yang paling disanjungi…memang terlalu bersyukur tidak terhingga kerana saya terpilih mengikuti kuliyyah…juga selalu berhubung melalui telefon jika ada masalah berkaitan dengan hadis …siapakah beliau nie yeeeeeeeeeee……???

PENGENALAN

إن الحمد لله تعالى نحمده ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله تعالى من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل
فلاهادى له، وأشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ } سورة آل عمران : 102

يا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} سورة النساء:1

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا}سورة الأحزاب:70,71

أما بعد....

فإن أصدق الحديث كتاب الله -تعالي- وخير الهدي هدي محمد - صلى الله عليه وسلم - وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة وكل بدعة
ضلالة ، وكل ضلالة في النار

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,kerana dengan pertolonganNYA dapat juga

saya menyiapkan blog ini,selawat dan salam kepada jujungan mulia nabi Muhammad salallahu

alaihi wassalam,Terima kasih dan doa untuk kedua ibu bapa yang membesarkan sedari

kecil,juga buat sahabat-sahabat seluruh negara,dan teristimewa kepada pemberi nama blog ini

diharapkan dengan perkongsian sedikit ilmu ini

mendapat keredhaaan ALLAH.....amin