Jumat, 25 Juni 2010

SEANDAINYA.......

Seandainya.........
Ketangkasanmu di bidang hadis wahai tuan yang empunya Al-majmuk diberikan kepada sahabat Al-mughni….

Seandainya .......
Kehebatanmu di bidang fiqh wahai tuan yang empunya Al-mughni diberikan kepada sahabat Al-majmuk…

Seandainya.....
Tuan empunya Bidayah Al-mujtahid menjelaskan lagi perbahasan yang lebih mendalam….

Seandainya.....

Tuan yang empunya Haysiah Ibnu A’bideen itu ada yang mengtakhrijkan hadis-hadisnya…..

Seandainya.......
Tuan empunya Al-muhalla itu menggunakan qiyas dan meniggalkan kritikan tajam kepada ulama….

Rupanya baru ku sedari bahawa Tuan yang empunya dunia ini hanya mahu kalamNYA sahaja yang sempurna….

Maka benarlah firmanNYA di dalam suran An-nisa’ ayat 82 (Kalaulah Al-quran datangnya bukan dari Allah,maka mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnnya).

Kitab-kitab fiqh utama yang wajib bagi seorang penuntut ilmu:

Mazhab Hanafi :

Kitab utama:
1).Hasyiah Ibnu ‘Abideen atau Raddul Mukhtar yang ditulis oleh Imam Muhammad Ameen bin ‘Abideen meninggal pada tahun 1252 hijrah…(kitab asal yang diberi hasyiah oleh pengarang kitab ini ialah kitab Ad-durul Mukhtar oleh Imam Muhammad bin Ali Al-haskafi meninggal pada tahun 1088 dan kitab Tanwir Abshar oleh Imam Muhammad bin Abdullah At-tumurtasyi meninggal pada tahun 1004 hijrah juga pengtahqiqkan diselaraskan oleh sheikh Saeed Ramadhan Al-buthi).

Kelebihan :
a).Membahasakan masalah-masalah baru.
b).Membahasakan masalah secara teperinci.


Kekurangan:
a).Masih memerlukan penambahbaikan dan pengtahqiqkan.

Kitab lain:
2).Al-mabsuth oleh Imam Muhammad bin Ahmad As-sarakhsi yang meninggal pada tahun 483 hijrah .

3).Bada’ei As-shona’ei oleh Imam Abu Bakar bin Mas’ud Bin Kaasanie yang meninggal pada tahun 587 hijrah.

4).Fathul Qadeer oleh Imam Kamal bin Hummam yang meninggal pada tahun 861 hijrah.


Mazhab Maliki:

Kitab utama:
1).Bidayatul Al-mujtahid wa Nihayah Al-Muqtashid oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Rusyd yang meninggal pada tahun 595 hijrah..

Kelebihan:
a).Mengemukakan pendapat Imam-imam Mazhab lain(fiqh Muqaran).
b).Susunan perbahasan yang begitu sistematik.
c).Sebarang permasalah dirajihkan melalui kekuatan dalil
.

Kekurangan:
a).Perbahasan yang terlalu ringkas.
b).Memerlukan beberapa penambahbaikan
.

Kitab lain:
2).Hasyiah Ad-dusuqi oleh Muhammad bin Ahmad bin ‘Arafah Ad-dusuki yang meninggal pada tahun 1230 hijrah .(kitab asal bagi kitab ini ialah kitab Mukhtashar Khalil oleh Imam Khalil Bin IShaq Al-jundee yang meninggal pada tahun 776 hijrah).

3).Al-qawanin Al-fiqhiyyah Oleh Imam Muhammad bin Ahmad bin Juzai yang meninggal pada tahun 741 hijrah.

4).Al-mudawwanah Al-qubra oleh Imam Malik bin Anas yang meninggal pada tahun 179 hijrah(dikatakan oleh Ahli ilmu bahawa kitab ini disusun oleh anak murid Imam Malik).

5).Az-zakhirah oleh Imam Ahmad bin Idris Al-Qarafee yang meninggal pada tahun 684 hijrah.


Mazhab Syafiee:

Kitab utama:
1).Al-majmuk Syarah Al-Muhazzab oleh Imam Yahya bin Syaraf An-nawawi yang meninggal pada tahun 676 hijrah(kitab ini merupakan syarah kepada kitab Al-muhazzab oleh Imam Syirazi meninggal pada tahun 476 hijrah dan dikatakan oleh Ahli ilmu bahawa kita ini hanya siap dikarang cuma sampai kepada bab Riba sahaja).

Kelebihan:
a).Menjelaskan taraf hadis.
b).Sesetengah permasalahan dijawab dengan lengkap.
c).Terdapat juga pembahasan dari aspek bahasa.


Kekurangan :
a). kadang-kala pengarang merajih beberapa masalah kepada pendapat mazhabnya.
b).Kadang-kala permasalahan di terang secara ringkas sahaja.



Kitab lain:
2).Al-umm oleh Imam Muhammad bin Idris As-syafie Yang meninggal pada tahun 204 hijrah(kitab ini juga diringkas oleh Imam Al-muzanie yang meninggal pada tahun 264).

3).Al-aziz oleh Imam Abdul Karim bin Muhammad Ar-rafiee yang meninggal pada tahun 505 hijrah.

4).Syarah kepada kitab Al-minhaj oleh Imam An-nawawi yang terkenal antaranya ialah:
- Tuhfatul Mughtaj oleh Imam Ibnu Hajar Al-haitamee yang meninggal pada tahun 974.
-Mughni Mughtaj oleh Imam Muhammad bin Ahmad As-syarbinee yang meninggal pada tahun 977 hijrah.
-Nihayatul Mughtaj oleh Imam Muhammad bin Ahmad Ar-ramlee yang meninggal pada tahun 1004 hijrah.


Mazhab Hambali:

Kitab utama:
1).Al-mughni oleh Imam Abdullah bin Ahmad bin Qudamah Al-maqdisi yang meninggal pada tahun 620 hijrah(ditahqiq oleh sheikh Abdullah Al-muhsin Al-turki).

Kelebihan:
a).Mengumpulkan pendapat Ulama dan Juga pendapat Mazhab lain(fiqh muqaran).
b).Memberikan dalil-dalil dengan hadis-hadis yang masyhur.
c).Menggunakan Method Usul Fiqh dalam menyelesaikan masalah.


Kekurangan:
a).Kritikan utama ialah pengarang tidak menjelas taraf sesuatu hadis.
b).kadang-kala pengarang merajih beberapa masalah kepada pendapat mazhabnya.

Kitab lain:
1).Majmu’ Fatawa oleh Sheikhul Islam Ibnu Tamiyyah yang meninggal pada tahun 767 hijrah.

2).Al-inshaf oleh Imam Ali Bin Sulaiman Al-Mardaawe meninggal pada tahun 885 hijrah .

3).Zadul Ma’ad oleh Imam Ibnu Qayyim yang meninggal pada tahun 751 hijrah(tahqiq sheikh Abdul Qadeer Al-arnouth dan Sheikh Shuib Al-arnouth).

4).Syarah Al-mumti’ ‘Ala Zadi Al-mustaqni’ oleh sheikh Muhammad bin Sholeh Al-usthaimeen.


Mazhab Az-zhohiri:

1).Al-muhalla oleh Imam Ali bin Muhammad bin Hazam Al-andulusi meninggal pada tahun 456 hijrah(tahqiq sheikh Ahmad Muhammad Syakir).

Kelebihan:
a).Merupakan kitab seorang Imam hadis terkemuka.
b).Memuatkan perbincangan permasalahan dengan perkataan Tabi’en dan Ulama lain.


Kekurangan:
a).Tidak memakai qaedah qias.
b).Mengkritik ulama dengan terlalu dalam(kritikan tajam).
c).Berani menta’wil sifat ALLAH berdasarkan aqal manusia.
d).Menghalalkan muzik(pendapat yang paling kuat muzik adalah haram).



Kitab Usul Fiqh:

Terlalu banyak kitab usul fiqh dihasilkan oleh para ulama Usul,namun saya hanya menyenaraikan kitab-kitab utama yang sering dijadikan rujukan Ahli ilmu antaranya:


Kitab ulama terdahulu dan kemudian.

1).Ar-risaalah oleh Imam Muhammad bin Idris As-syafie meninggal pada tahun 204 hijrah(tahqiq sheikh Ahmad Muhammad Syakir).

2).Kasful Asrar oleh Imam Abdul Aziz bin Ahmad Bukhari meninggal pada tahun 482 hijrah.

3).Usul Sarakhsi oleh Imam Muhammad bin Ahmad As-sarakhsi meninggal pada tahun 483 hijrah.

4).Al-mustashfa oleh Imam Hujjatul Islam Muhammad bin Muhammad Al-ghazali meninggal pada tahun 505 hijrah.

5).Al-Ihkam Fi Usuli Ihkam oleh Imam Saifuddin Ali bin Muhammad Al-ameedie meninggal pada tahun 631 hijrah juga ditulis oleh Imam Ibnu Hazam Al-andalusi meninggal pada tahun 456 hijrah.

6).I’laam Muwa’qieen oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah meninggal pada tahun 751 hijrah.

7).Raudhatul Nazir oleh Imam Ibnu Qudamah meninggal pada tahun 620 hijrah.

8).Al-muwafaqaat oleh Imam Ibraheem bin Musa As-syathibi meninggal pada tahun 790 hijrah.

9).Irsyad Fuhul oleh Imam Muhammad bin Ali As-syaukani meninggal pada tahun I250 hijrah.

10).Ilmu Usul Fiqh oleh Sheikh Abdul Wahab Khalaf meninggal pada tahun 1375 hijrah.

11).Usul Fiqh oleh sheikh Muhammad Abu Zuhrah meninggal pada tahun 1394 hijrah(murid Sheikh Abdul Wahab Khalaf).

12).Usul Fiqh Islami oleh sheikh Wahbah Zuhaili (sangat sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari Usul Fiqh di peringkat permulaan).


Kitab Qawa’id Fiqhiyyah:

1).Al-Furuq oleh Imam Ahmad Bin Idris Al-qarafi meninggal pada tahun 684 hijrah.

2).Asybah wa Nazair oleh:
-Imam Ibnu Wakil meninggal pada tahun 716 hijrah.(mazhab hanafi).
-Imam Tajuddin As-subki meninggal pada tahun 771 hijrah(mazhab Syafie).
-Imam Jalaluddin As-syuyuthi meninggal pada tahun 911 hijrah (mazhab syafie).
-Imam Ibnu Nujaim meninggal pada tahun 970 hijrah(mazhab hanafi).

3).Syarah Qawa’id Fiqhiyyah oleh Sheikh Mustafa Muhammad Zarqa meninggal pada tahun 1420 hijrah(dikatakan dan disandarkan kepadanya oleh Ahli Ilmu dizaman ini sebagai seorang mujtahid di bidang ini).

4).Al-Wajiz Fi idhah Qawa’id Al-fiqhiyyah Al-Kuliyyah oleh sheikh Muhammad Shodiqi Al-borno(kitab yang sangat bagus kerana kebanyakan contoh-contoh permasalahan Mua’malat diutarakan dan amat sesuai bagi mereka yang cenderung untuk mendalami Ilmu Qawa’id Fiqhiyyah yang berkaitan dengan permasalahan Mua’malat).

5).Al-Qawa’id Al-fiqhiyyah oleh Sheikh Ali An-nadwi(kitab Tesis Master yang sangat sesuai bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan ilmu Qawa’id Fiqhiyyah dan juga Tesis ini mendapat pujian dari ulama di dunia islam).


p/s : Kepada pembaca budiman untuk segala permasalah berkaitan dengan Kitab-kitab bolehlah bertanya kepada Ahli Ilmu seperti Firman ALLAH di dalam Surah An-nahl ayat 43(Bertanyalah kepada Ahli Zikri(mereka yang mengetahui) jika kamu tidak mengetahui).Kata Imam Mujahid (Asthar)Yang diriwayatkan secara Mua’llaq oleh Imam Bukhari(tidaklah dipelajari ilmu itu oleh orang-orang takabbur dan malu). Juga shahih Daripada Saidatina ‘Aisyah Radialllahunha (sesungguhnya perempuan-perempuan Anshar tidak malu untuk mendalami Ilmu Agama).

Oleh itu janganlah malu dalam menuntut ilmu baik lelaki mahupun perempuan.segala perkongsian ilmu amat diharapkan dan segala kesalahan sangat dialukan pembetulan…….

WALLAHU’ALAM
Yang faqir mengharapkan kepada pengampunan tuhannya.










Tidak ada komentar:

Posting Komentar