Kamis, 08 Juli 2010

JIKA DAHULUNYA.............

Jika dahulunya Imam Abu yusuf atau Imam Syaibani mengenali guru mereka ( Imam Abu Hanifah) dengan mengikuti pengajian ilmu yang diadakan……..

Jika dahulunya Imam Ibnu Qayyim atau Imam Az-zahabi mengenali guru mereka (Imam ibnu Tamiyyah)mereka melalui perkongsian ilmu dan perbincangan…….

Jika dahulunya Imam Muzani atau Imam Buwaithi mengenali guru mereka(Imam Syafie) melalui hati ke hati yang saling bertautan……..

Jika dahulunya Imam Tirmizi atau Imam Muslim mengenali guru mereka(Imam Bukhari)melalui kupasan dalam pengsyariatan……..

Jika dahulunya mereka saling bertemu antara guru dan murid yang mengikat persaudaraan
Tapi mereka telah pergi bertemu Tuhan yang Maha Suci
Apakah yang tinggal untuk kita??


Sudah tentulah,khazanah kitab-kitab mereka yang tidak ternilai itu
Menjadi rujukan setelah Al-quran dan As-sunnah sehingga akhir zaman…..

Mengenali dua orang Imam melalui peninggalan mereka.

Mereka yang saya maksudkan ialah :

1).Imam Arif Billah sheikh Abdul Qadeer Al-jailani yang lahir pada tahun 471 dan meninggal pada tahun 561 hijrah.

Karangan utama beliau:

a).Al-ghunyah lithalabi Thoriq Al-haqq.
b).Futuhul Al-ghaib(juga disyarah oleh Imam Ibnu Tamiyyah).
c).Fathul Al-rabbani .

2)Imam Ahlul Sunnah Abi Hassan Al-asya’ari Yang lahir pada tahun 260 dan meninggal pada tahun 324 hijrah.

Karangan utama beliau:

a).Al-ibanah ‘an Usul diyanah(imam ibnu asakir merajihkan bahawa kitab ini benar-benar ditulis olehnya).
b).Maqolat Islamiyyeen.
c).Risalah ila Ahli Sithghar.
d).Al-luma’ fi Radd ‘ala Ahli Al-bida.’
e).Tabyin Kazib Al-muftari oleh imam ibnu ‘Asakir.



Mereka telah pergi,cuma yang tinggal hanyalah karangan-karangan mereka sahaja.Kenalilah mereka melalui kitab-kitab mereka,supaya kitab tidak menyesal apa yang kita yakini tentang mereka selama ini sebenarnya tidak berkaitan langsung dengan mereka…seperti Firman ALLAH di dalam surah Al-hujerat ayat 6(WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,JIKA SESEORANG YANG FASIQ DATANG KEPADA KAMU MEMBAWA SESUATU BERITA,MAKA TELITILAH KEBENARANNYA, AGAR KAMU TIDAK MENCELAKAKAN SESUATU KAUM KERANA KEBODOHAN KAMU,YANG AKHIRNYA KAMU MENYESALI PERBUATAN ITU).Kembalikan penisbahan dan penyandaran kepada tuan yang empunya diri melalui peninggalan mereka.

p/s : Tepuk dada tanya selera,tebuk kitab mereka satu persatu baru tidak tergelincir dalam berbicara...

WALLAHUA’LAM

Yang faqir kepada pengampunan ALLAH



Tidak ada komentar:

Posting Komentar