Senin, 19 Juli 2010

ZIYADAH SIQQAH di sisi muhaddis dan fuqaha’ suatu pengenalan


Boleh dikatakan diantara khilaf Ulama dalam menentukan sesuatu hukum adalah datang dari masalah ziyadah siqqah pada lafaz dan perawi hadis.Hal ini menyebabkan saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini berdasarkan kajian saya dan sedikit perbincangan bersama Al-allamah Al-muhaddist Sheikh Shuib Al-arnouth serta Sheikh Hadist Dr.talawabeh dan Sheikh Hadis Dr.Audah Hawari daripada universiti Yarmouk.Diharapkan untuk artikel kali ini dapat dibincangkan dengan lebih mendalam lagi kerana bukanlah saya sepatutnya membincangkan masalah ini, namun diatas semangat ingin berkongsi sedikit ilmu yang Allah berikan saya gagahi juga..InsyaALLAH…Firman ALLAH di dalam Surah Al-isra(TIDAKLAH KAMI BERI PENGETAHUAN(ILMU) MELAINKAN SEDIKIT).

(Takrif ziyadah siqqah di sisi muhaddis)

1).Berkata Imam Ibnu Rejab Al-hambali yang meninggal pada tahun 795 hijrah:

“Terjadi pada sesuatu hadis itu yang diketahui umum,akan tetapi ada pernambahan pada sesetengah riwayat juga matannya yang tidak diketahui umum”(syarah ‘Ilal Imam Tirmizi oleh Imam Ibnu Rejab Al-hambali,jilid 1 muka surat 63 dan 237,tahqiq Dr.nuruddin Attar).

2).Berkata Imam Ibnu Kasthir yang meninggal pada tahun 774 hijrah:

“Apabila berseorangan rawi dalam meriwayatkan sesuatu hadis ada tambahan padanya berbeza daripada bilangan perawi yang lain daripada guru mereka”( Al-ba’isth Hasthis fi Ikhtisar Ulum Hadis oleh Imam Ibnu Kasthir,muka surat 9 dan 197).

(Takrif ziyadah siqqah di sisi fuqaha’)

1).Berkata Imam Al-juwaini yang meninggal pada tahun 478 hijrah:

“apabila meriwayatkan sesuatu kelompok daripada menyatakan sesuatu,salah seorang daripada mereka meriwayatkan dengan tambahan padanya”(Al-burhan fi Usul Fiqh oleh imam Al-juwaini,jilid 1 muka surat 424,tahqiq oleh Dr.abdul Azhim Mahmud).

2).Berkata Imam Al-ghazali yang meninggal pada tahun 505 hijrah:
“Apabila berseorangan daripada sebahagian meriwayatkan dengan tambahan pada asal hadis”(Al-munkhul fi Ta’liqaat Al-usul oleh Hujjatul Islam Imam Al-ghazali,muka surat 376,tahqiq Dr.muhammad hasan).

(Pandangan muhaddis terkini tentang ziyadah siqqah)

1).Al-allamah sheikh Ahmad Muhammad Syakir yang meninggal pada tahun 1377 hijrah:

“ apabila dirawatkan oleh seorang perawi yang adil lagi siqqah (boleh dipercayai)sesuatu hadis dengan tambahan yang tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang juga adil berkaitan hadis yang sama atau diriwayatkan oleh perawi yang adil lagi siqqah(boleh dipercayai) setaraf dengannya yang kadang kala bertambah atau berkurang pada lafaz hadis”( Al-ba’isth Hasthis syarah fi Ikhtisar Ulum Hadis oleh Sheikh Ahmad Muhammad Syakir, muka surat 63).

2).Al-allamah sheikh Shuib Al-Arnouth hafizahullah berkata:
“ziyadah Siqqah khilaf diantara ulama,ada sebahagian mereka menerimanya dan ada yang menolaknya”(bicara saya melalui telefon bersamanya).


Oleh itu mari kita lihat khilaf diantara ulama penerimaan ziyadah siqqah yang terbahagi kepada tiga kumpulan besar:

a).Sebahagian yang menerima ziyadah siqqah secara mutlak beserta hujjah.

1).Imam Malik yang meninggal pada tahun 179 hijrah dalam kitab Muqaddimah fi Usul Fiqh Imam Malik oleh Imam Ibnu Al-qassar muka surat 52.
2).Imam Syafie yang meninggal pada tahun 204 hijrah dalam kitab Al-umm jilid 3 muka surat 419.
3).Imam Muslim yang meninggal pada tahun 261 hijrah dalam Kitab Shahih Muslim pada Muqaddimah muka surat 6.
4).Imam Ibnu Hibban yang meninggal pada tahun 354 hijrah dalam kitab fathul Mughis Oleh Imam Sakhawi jilid 1 muka surat 246.
5).Imam Nawawi yang meninggal pada tahun 676 dalam kitab syarah Muqaddimah Shahih Muslim oleh Imam Nawawi muka surat 32.

Sebahagian hujjah Mereka:

a). “sesungguhnya rawi yang Siqqah(boleh dipercayai) apabila berseorangan dalam meriwayatkan sesuatu hadis yang tidak diriwayatkan perawi lainnya diterima periwayatannya,begitu juga apabila ketika berseorang perawi samaada tambahan pada lafaz atau ayat”( Muqaddimah fi Usul Fiqh Imam Malik oleh Imam Ibnu Al-qassar muka surat 52. Al-ihkam oleh Imam Al-amidee jilid 1 muka surat 97.Al-mustasfha oleh imam Al-ghazali jilid 1 muka surat 168.Al.Fathul Mughis oleh Imam Sakhawi jilid 1 muka surat 250.Syarah ‘Ilal Tirmizi pada muqaddimahnya Oleh Sheikh Al-allamah Hammam Said jilid 1 muka surat 211).
b).Riwayat yang ganjil pada Qiraat(jenis bacaan Al-quran) seperti qiraat Imam ibnu Mas’ud,Ubai Bin Ka’ab diterima.begitu juga penerimaan terhadap ziyadah Siqqah.( Al-ihkam oleh Imam Al-amidee jilid 1 muka surat 148-150).


b).Sebahagian yang tidak menerima ziyadah Siqqah Secara Mutlak beserta hujjah.
1).Imam Abu Hanifah yang meninggal pada tahun 150 hijrah dalam kitab Al-bahru Al-muhith oleh Imam Al-zarkasyi jilid 4 muka surat 332.
2).Imam Ahmad yang meninggal pada tahun 241 hijrah dalam kitab Al-kifayah oleh Imam Khatib Al-baghdadi muka surat 598.
3).Imam Qadhi Abu Ya’laa yang meninggal pada tahun 458 dala kitab ikhtisar Ulum hadist oleh Imam Ibnu Kasthir muka surat 61.
4).Imam Al-mawarzi yang meninggal pada tahun 275 hijrah dalam kitab Siyar A’lam Wa nubala oleh Imam Az-zahabi jilid 13 muka surat 173.
5). Imam Ibrahim bin Harist yang merupakan sahabat Imam Ahmad Bin Hambal dalam Kitab Taqrib Al-tahzib oleh Imam ibnu Hajar jilid satu muka surat 62.

Sebahagian hujjah mereka:

a).sesungguhnya diketahui seseorang perawi itu boleh dipercayai melalui kesamaan periwayatan perawi yang lain dan ketika seseorang perawi itu meriwayatkan sesuatu hadis berlainan dengan perawi yang lain maka terlihatlah bahawa perawi itu tidak boleh dipercayai.(Al-muktamad oleh Imam Abi Hussain jilid 2 muka surat 216.Al-tamhid fi Usul Fiqh oleh Imam Al-khatab Al-hambali jilid 3 muka surat 158).

b).Apabila periwayatan semua perawi yang boleh dipercaya sama,maka hal ini menyebabkan kekuatan periwayatan bertambah dan yang menyelisihi semua perawi ini adalah lemah.( Al-tamhid fi Usul Fiqh oleh Imam Al-khatab Al-hambali jilid 3 muka surat 158-159).

c).Sebahagian mereka yang menerima ziyadah siqqah dengan syarat:

1).Imam Tirmizi yang meninggal pada tahun 279 hijrah dalam kitab Syarah ‘Ilal Tirmizi oleh Imam Ibnu Rejab Al-hambali jilid 2 muka surat 631.
2).Imam Ibnu Khuzaimah yang meninggal pada tahun 311 dalam kitab muqaddimah Sahihnya
3).Imam Ibnu Abd Barr yang meninggal pada tahun 463 hijrah dalam kitabnya Al-tamhid jilid 3 muka surat 306.
4).Imam Khatib Al-baghdadi meninggal pada tahun 463 hijrah dalam kitab Al-kifayah muka surat 597.
5).Imam Ibnu Kasthir yang meninggal pada tahun 774 hijrah dalam kitabnya Ikhtisar Ulum Hadis muka surat 61.

Sebahagian Syarat:

-Syarat perawi
a).perawi benar-benar seorang yang boleh dipercayai.
b).Tambahan hadis bukan datang daripada perawi sendiri(perawi meriwayatkan dua hadis yang sama akan tetapi ada tambahan salah satu hadis yang dirawatkan).

-Keadaan periwayatan
a).penambahan dari aspek lafaz bukan pada makna.

-Keadaan menerima hadis
a).Sentiasa atau melazimi bersama gurunya dalam menerima hadis.

p/s: InsyaALLAH pada artikel yang akan datang saya akan kemukakan beberapa contoh hadis yang berkaitan ziyadah siqqah mengikut ketegori.Hal ini kerana memakan sedikit masa untuk dibincangkan dan dibuat kajian.segala kesalahan harap mendapat teguran dan perkongsian ilmu boleh Emailkan ke www.mustafarm@yahoo.com
WALLAHUA’ALAM
Yang mengharapkan pengampunan Tuhannya






Tidak ada komentar:

Posting Komentar