Minggu, 25 Juli 2010

LAINAJUFAH SANG PURDAH BIRU PART (3)

“Abang kat mana tu”panggil maria..”dekat dapur ni tolong ummi memasak untuk berbuka nanti” Maria menerpa ke arahku seperti ada sesuatu yang penting ingin disampakan.
“ni ada surat untuk abang”.“Ha Akram bukalah surat tu” tegur ummi yang sedari tadi ekor matanya memerhatikan gelagat kami berdua. “emm..surat temuduga Jabatan Mufti negeri Kelantan yang Akram pohon tempoh hari”."oh yang tu..habis bila temuduga ?"Ummi menyoal lagi.
“ kalau ikutkan surat ni seminggu lepas raya Ummi”…“baguslah macamtu ummi doakan kamu berjaya insyaALLAH".

Hari ini merupakan hari ke-13 Ramadhan,Sedar tidak sedar sudah hampir separuh bulan umat islam menyambut Ramadhan yang dijanjikan oleh ALLAH dengan pahala yang berlipat ganda kepada sesiapa yang dikehendakkiNYA.
Pada malam ini aku dan Maria sahaja yang berada di perpustakaan mini milik keluarga kami.Ummi dan Abi dah berehat di bilik mereka semenjak pulang dari solat tarawikh sebentar tadi.Mungkin mereka penat kerana membersihkan sekitar rumah petang tadi agaknya. “Ha Maria tahun ni berapa pasang tempah baju raya? ” tegurku. ‘’eh abang ni mana ada tempah,Maria pakai baju tahun lepas je’’.’’emm ye la tu…tapi kalau abang tanya satu soalan boleh tak ?’’. ’’macam penting sangat je nampaknya’’tambah maria sambil melirikkan matanya ke arahku.
"macam ni.. sejak bila adik abang ni mula pakai purdah ?setahu abang masa Maria kecil dulu nak lekat tudung pun susah kan ?. ’’susah juga nak jawab soalan tu bang,ALLAH yang beri kekuatan untuk maria pakai purdah tu. Sebenarnya Maria mula pakai purdah ni semenjak membaca kitab Jami’ Ahkam Nissa oleh sheikh Mustafa Al-‘adawee.walaupun jumhur ulama mengatakan sekadar sunnah tapi bagi Maria walaupun sunnah ia merupakan pakej pelenggap bagi seorang muslimah dan yang paling penting hati juga mesti bepurdah abangkan ?’’. ’’em.. betul tu, memang abang tak sangka adik abang ni memang pandai,abang tak kisah asalkan menutup aurat mengikut kehendak syariat’’.

’’ Abang ..betul ke ada hadis tentang awal ramadhan rahmat,pertengahan ramadhan tu adalah pengampunan,dan akhirnya pembebasan dari api neraka ??’’Soal Maria. ’’entah abang tak tau laa’’.jawabku.
’’alah abang tu selalu macam tu maria tak nak kawan la abang’’Maria merengek manja.’’Ye laa…merajuk je dia…sebenarnya macam ni, hadis tu dihukum mungkar oleh Imam Ibnu ‘Adi dan Imam Al-‘uqaili di dalam sanadnya terdapat terdapat Sulaiman bin Siwar dan dihukum Matrukul hadis dan Mungkarul hadis oleh Imam Abu Hatim dan Imam Ibnu ‘Adi.kalau Maria nak tengok perbahasan secara mendalam lagi tentang hadis ni boleh bukak kitab Kamil fi Al-du’afa oleh Imam Ibnu ‘Adi dan Al-du’afa Al-kabir oleh Imam Al-uqaili.
’’wah !! macam mana abang boleh Ingat perbahasan tu ??’’.’’sebenarnya macam ni Maria…seluruh muhaddis selain sering bermuamalah dengan hadis,mereka juga pakar dalam Ilmu ‘Ilal yaitu kecacatan pada hadis dan yang paling penting setiap inci hadis shahih yang mereka temui akan diamalkan tanpa bangkangan lalu disebabkan itu mereka akan ingat sesuatu hadis itu nombor berapa,dalam kitab apa,perbahasannya dan lain-lain"
. ’’ooo.. baru Maria faham kenapa muhaddis ni begitu luar biasa semangat mereka,jadi abang pun nak jadi muhaddis la ye ??’’.’’eh takde lah…siapalah abang ni sering bermaksiat kepada ALLAH macam mana nak ingat hafaz hadis’’.
’’emm dah lewat ni nanti kalau ada masa kita sembang lagi ye ??’’baiklah…abang tu jangan tidur lewat pula dan jangan lupa amalkan sunnah sebelum tidur,Maria masuk bilik dulu ye..Assalamualaikum

Begitulah berakhirnya perbualan kami pada malam itu.Sikap Maria yang tidak pernah jemu bertanya dan berbincang membuatkan aku kagum akan semangatnya.Bukan mudah untuk mendidik seorang wanita benar-benar cintakan ilmu dan mengikut syariat agama,tambahan pula pada zaman yang amat mencabar ini.
Dalam bab aurat contohnya,seringkali wanita mengabaikannya.Apa gunanya kalau permata yang telah berkurun lama tersimpan didedahkan secara percuma kepada orang yang tidak sepatutnya dalam sekelip mata.
Aku teringat sewaktu berada di Mesir dahulu, fesyen wanita-wanitanya yang memakai tudung sambil menonjolkan tocang rambutnya seperti bonggol unta yang jelas dilarang syariat.Dan paling sedih, yang sering berpakaian sedemikian adalah mereka yang belajar ilmu agama.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersabda :(Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat keduanya iaitu suatu kaum yang memegang cemeti(pemukul) untuk memukul manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi terlanjang,berjalan belenggang-lengok dan kepalanya dicondongkan seperti bonggol unta yang condong,mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga sedangkan baunya tercium melalui jarak perjalanan sebegini dan sebegini:)
Kita doakan mereka mendapat hidayah dan kita yang diberi hidayah ini mohon pada ALLAH agar dipeliharaNYA...Ameen..

Bersambung
InsyaALLAH……..

Jumat, 23 Juli 2010

AKU DAMBAKAN MEREKA SEPERTINYA......


Aku dambakan mereka(wahai seluruh wanita) sepertinya……

Tidak pernah jemu menyelesaikan persoalan ummat
Mendasari sesuatu kepada Al-quran dan As-sunnah bukan sekadar pendapat

Aku dambakan mereka(wahai seluruh wanita) sepertinya…..

Serikandi islam yang memahami segala ilmu yang tersurat dan tersirat
Mengemudi bahtera risalah Tuhannya tanpa mengenal penat

Aku dambakan mereka (wahai seluruh wanita)sepertinya…..

Akhlak yang menjadi sanjungan timur dan barat
Menelusuri sesuatu kekeliruan dengan penuh hikmat

Aku dambakan mereka (wahai seluruh wanita)sepertinya….

Menjadi perintis jalan menuju akhirat
Jasamu dikenang sehingga tiupan sangkakala penanda qiamat

Dikaulah
Al-muhadissah,As-syairah,Al-faqihah,Al-thabibah
Saidatina ‘Aisyah Al-humaira binti Abu Bakar As-siddiq...

Terlalu banyak sumbangan Saidatina ‘Aisyah kepada dunia Islam.Beliau juga dapat menguasai keseluruhan ilmu islam,hal ini terbukti lagi apabila beliau menjadi rujukan ummat di bidang fatwa fiqh,hadis,kedoktoran,syair dan lain-lagi selepas kewafatan Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam.Beliau paling menonjol di bidang hadis dan meriwayatkan sebanyak 2210 hadis.Dan tidak hairanlah jika terdapat kelainan diantara riwayat Saidatina ‘Aisyah dan sahabah. InsyaALLAH artikel kali ini kita akan lihat beberapa kontradik riwayat saidatina ‘Aisyah dan sahabah secara umum.

1).Hadis berkaitan terbatalnya solat apabila lalu wanita,anjing,dan keldai dihadapan seseorang yang sedang bersolat:

Sahabah yang meriwayatkan:
a).Daripada sahabah Abi hurairah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam bab apa yang mudah bagi seseorang yang sedang bersolat hadis nombor 1167.
b).Daripada Sahabah Abu Zarr yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam bab yang sama hadis nombor 1165.
c).Daripada Ibnu ‘Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam bab apa yang membatalkan solat hadis nombor 703.

Saidatina ‘Aisyah yang meriwayatkan:
“Demi ALLAH sesungguhnya telah aku lihat Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersolat,dan aku berada di atas katil antaranya dan qiblat”.

a).Daripada Saidatina ‘Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam bab tidak terbatal solat akan sesuatu hadis nombor 514 dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam bab apa yang terdedah di antara orang yang bersolat hadis nombor 1143.

Penyelesaian :
Disebutkan di dalam kitab Al-deebaj syarah Shahih Muslim oleh Imam As-shuyuthi yang di tahqiq oleh sheikh Abu Ishaq Al huwaini juzuk 2 muka surat 192:
Berkata jumhur ulama bahawa tidak batal solat dengan lalunya wanita,anjing,keldai.yang dimaksudkan dengan terputus(terbatal) solat di sini adalah terputus ke khusu’kan di dalam solat kerana tumpuan ketika solat tergangu dengan lalunya wanita,anjing dan keldai.

2).Puasa nabi pada hari 10 zul hijjah(hari ‘Asyura).

Sahabah yang meriwayatkan :
a).Daripada Hunaidah bin Khalid daripada sebahagian isteri nabi yang diriwayatkan oleh Imam Abu dawud dalam bab puasa hari ‘Asyura hadis nombor 2437 dan juga Imam An-nasai dalam bab bagaimana berpuasa tiga hari setiap bulan hadis nombor 2419.

Saidatina ‘aisyah meriwayatkan :
‘Aku tidak pernah melihat Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam berpuasa pada hari ‘Asyura walau sekali’
a).Daripada ‘Aisyah dirawatkan oleh Imam Muslim dalam bab puasa hari ‘Asyura hadis nombor 2789,diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam bab Fithr ‘Asyura hadis nombor 2439,diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam bab puasa ‘Asyura hadis nombor 756,dirawatkan oleh Imam Ibnu majjah dalam bab puasa ‘Asyura hadis nombor 1729.
Penyelesaian :
Saidatina ‘Aisyah barangkali tidak mengetahui puasa nabi pada hari itu kerana nabi membahagi hari-hari tertentu kepada setiap isterinya dengan adil lalu mungkin nabi berada di rumah isterinya yang lain sewaktu berpuasa pada hari ‘Asyura.Di dalam masalah ini hadis yang mengsabitkn lebih diutamakan daripada hadis nafi.apabila sama shahih hadis ini maka hadis Hunaidah adalah lebih utama untuk diambil tetapi tidak menjatuh martabat hadis Saidatina ‘Aisyah.Di dalam Kitab Syarah Shahih Muslim oleh Imam Nawawi jilid 8 muka surat 71 berkata Ulama :hadis ini menandakan larangan berpuasa pada hari 10 zul hijjah dan maksud 10 zul hijjah di sini adalah hari ke sembilan daripada awal bulan zulhijjah.dan ini apa yang mereka tafsirkan.


3).Istinjak dengan tidak menggunakan air:

Sahabah meriwayatkan:
a).Daripada Huzaifah yang diriwayat oleh Imam Ibnu Abi Syaibahjilid 1 hadis nombor 1620.
Saidatina ‘Aisyah meriwayatkan:
“sesungguhnya Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam beristinjak dengan menggunakan air”
a).Daripada Saidatina ‘Aisyah yang diwaratkan oleh Imam Ahmad hadis nombor 24623.

Penyelesaian:
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam bab Istinjak menggunakan Air hadis nombor 150,diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam bab yang sama hadis nombor 619 menyatakan bahawa Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam beristinjak dengan menggunakan air dan menggunakan benda lain di dalam keadaan darurat dan untuk meluaskan konsep thaharah.

p/s: Terdapat banyak lagi riwayat Saidatina ‘Aisyah yang menyelisihi Sahabah,akan tetapi masalah Ini dipandang sesuatu yang istimewa di bidang hadis.Kehebatan dan keasyikkan bersama hadis ini tidak akan dapat dirasai melainkan mereka yang dikurniakan kelebihan oleh ALLAH di dalam bidang ini.Bukan mudah untuk menjaga hadis-hadis nabi,tambahan pula di zaman ini telah muncul mereka yang berhasad dengki serta bermudahan mengkritik Ulama hadis terdahulu Tanpa ilmu dan kajian yang mendalam.

WALLAHU'ALAM
Yang faqir kepada pengampunan ALLAH.



Senin, 19 Juli 2010

ZIYADAH SIQQAH di sisi muhaddis dan fuqaha’ suatu pengenalan


Boleh dikatakan diantara khilaf Ulama dalam menentukan sesuatu hukum adalah datang dari masalah ziyadah siqqah pada lafaz dan perawi hadis.Hal ini menyebabkan saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini berdasarkan kajian saya dan sedikit perbincangan bersama Al-allamah Al-muhaddist Sheikh Shuib Al-arnouth serta Sheikh Hadist Dr.talawabeh dan Sheikh Hadis Dr.Audah Hawari daripada universiti Yarmouk.Diharapkan untuk artikel kali ini dapat dibincangkan dengan lebih mendalam lagi kerana bukanlah saya sepatutnya membincangkan masalah ini, namun diatas semangat ingin berkongsi sedikit ilmu yang Allah berikan saya gagahi juga..InsyaALLAH…Firman ALLAH di dalam Surah Al-isra(TIDAKLAH KAMI BERI PENGETAHUAN(ILMU) MELAINKAN SEDIKIT).

(Takrif ziyadah siqqah di sisi muhaddis)

1).Berkata Imam Ibnu Rejab Al-hambali yang meninggal pada tahun 795 hijrah:

“Terjadi pada sesuatu hadis itu yang diketahui umum,akan tetapi ada pernambahan pada sesetengah riwayat juga matannya yang tidak diketahui umum”(syarah ‘Ilal Imam Tirmizi oleh Imam Ibnu Rejab Al-hambali,jilid 1 muka surat 63 dan 237,tahqiq Dr.nuruddin Attar).

2).Berkata Imam Ibnu Kasthir yang meninggal pada tahun 774 hijrah:

“Apabila berseorangan rawi dalam meriwayatkan sesuatu hadis ada tambahan padanya berbeza daripada bilangan perawi yang lain daripada guru mereka”( Al-ba’isth Hasthis fi Ikhtisar Ulum Hadis oleh Imam Ibnu Kasthir,muka surat 9 dan 197).

(Takrif ziyadah siqqah di sisi fuqaha’)

1).Berkata Imam Al-juwaini yang meninggal pada tahun 478 hijrah:

“apabila meriwayatkan sesuatu kelompok daripada menyatakan sesuatu,salah seorang daripada mereka meriwayatkan dengan tambahan padanya”(Al-burhan fi Usul Fiqh oleh imam Al-juwaini,jilid 1 muka surat 424,tahqiq oleh Dr.abdul Azhim Mahmud).

2).Berkata Imam Al-ghazali yang meninggal pada tahun 505 hijrah:
“Apabila berseorangan daripada sebahagian meriwayatkan dengan tambahan pada asal hadis”(Al-munkhul fi Ta’liqaat Al-usul oleh Hujjatul Islam Imam Al-ghazali,muka surat 376,tahqiq Dr.muhammad hasan).

(Pandangan muhaddis terkini tentang ziyadah siqqah)

1).Al-allamah sheikh Ahmad Muhammad Syakir yang meninggal pada tahun 1377 hijrah:

“ apabila dirawatkan oleh seorang perawi yang adil lagi siqqah (boleh dipercayai)sesuatu hadis dengan tambahan yang tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang juga adil berkaitan hadis yang sama atau diriwayatkan oleh perawi yang adil lagi siqqah(boleh dipercayai) setaraf dengannya yang kadang kala bertambah atau berkurang pada lafaz hadis”( Al-ba’isth Hasthis syarah fi Ikhtisar Ulum Hadis oleh Sheikh Ahmad Muhammad Syakir, muka surat 63).

2).Al-allamah sheikh Shuib Al-Arnouth hafizahullah berkata:
“ziyadah Siqqah khilaf diantara ulama,ada sebahagian mereka menerimanya dan ada yang menolaknya”(bicara saya melalui telefon bersamanya).


Oleh itu mari kita lihat khilaf diantara ulama penerimaan ziyadah siqqah yang terbahagi kepada tiga kumpulan besar:

a).Sebahagian yang menerima ziyadah siqqah secara mutlak beserta hujjah.

1).Imam Malik yang meninggal pada tahun 179 hijrah dalam kitab Muqaddimah fi Usul Fiqh Imam Malik oleh Imam Ibnu Al-qassar muka surat 52.
2).Imam Syafie yang meninggal pada tahun 204 hijrah dalam kitab Al-umm jilid 3 muka surat 419.
3).Imam Muslim yang meninggal pada tahun 261 hijrah dalam Kitab Shahih Muslim pada Muqaddimah muka surat 6.
4).Imam Ibnu Hibban yang meninggal pada tahun 354 hijrah dalam kitab fathul Mughis Oleh Imam Sakhawi jilid 1 muka surat 246.
5).Imam Nawawi yang meninggal pada tahun 676 dalam kitab syarah Muqaddimah Shahih Muslim oleh Imam Nawawi muka surat 32.

Sebahagian hujjah Mereka:

a). “sesungguhnya rawi yang Siqqah(boleh dipercayai) apabila berseorangan dalam meriwayatkan sesuatu hadis yang tidak diriwayatkan perawi lainnya diterima periwayatannya,begitu juga apabila ketika berseorang perawi samaada tambahan pada lafaz atau ayat”( Muqaddimah fi Usul Fiqh Imam Malik oleh Imam Ibnu Al-qassar muka surat 52. Al-ihkam oleh Imam Al-amidee jilid 1 muka surat 97.Al-mustasfha oleh imam Al-ghazali jilid 1 muka surat 168.Al.Fathul Mughis oleh Imam Sakhawi jilid 1 muka surat 250.Syarah ‘Ilal Tirmizi pada muqaddimahnya Oleh Sheikh Al-allamah Hammam Said jilid 1 muka surat 211).
b).Riwayat yang ganjil pada Qiraat(jenis bacaan Al-quran) seperti qiraat Imam ibnu Mas’ud,Ubai Bin Ka’ab diterima.begitu juga penerimaan terhadap ziyadah Siqqah.( Al-ihkam oleh Imam Al-amidee jilid 1 muka surat 148-150).


b).Sebahagian yang tidak menerima ziyadah Siqqah Secara Mutlak beserta hujjah.
1).Imam Abu Hanifah yang meninggal pada tahun 150 hijrah dalam kitab Al-bahru Al-muhith oleh Imam Al-zarkasyi jilid 4 muka surat 332.
2).Imam Ahmad yang meninggal pada tahun 241 hijrah dalam kitab Al-kifayah oleh Imam Khatib Al-baghdadi muka surat 598.
3).Imam Qadhi Abu Ya’laa yang meninggal pada tahun 458 dala kitab ikhtisar Ulum hadist oleh Imam Ibnu Kasthir muka surat 61.
4).Imam Al-mawarzi yang meninggal pada tahun 275 hijrah dalam kitab Siyar A’lam Wa nubala oleh Imam Az-zahabi jilid 13 muka surat 173.
5). Imam Ibrahim bin Harist yang merupakan sahabat Imam Ahmad Bin Hambal dalam Kitab Taqrib Al-tahzib oleh Imam ibnu Hajar jilid satu muka surat 62.

Sebahagian hujjah mereka:

a).sesungguhnya diketahui seseorang perawi itu boleh dipercayai melalui kesamaan periwayatan perawi yang lain dan ketika seseorang perawi itu meriwayatkan sesuatu hadis berlainan dengan perawi yang lain maka terlihatlah bahawa perawi itu tidak boleh dipercayai.(Al-muktamad oleh Imam Abi Hussain jilid 2 muka surat 216.Al-tamhid fi Usul Fiqh oleh Imam Al-khatab Al-hambali jilid 3 muka surat 158).

b).Apabila periwayatan semua perawi yang boleh dipercaya sama,maka hal ini menyebabkan kekuatan periwayatan bertambah dan yang menyelisihi semua perawi ini adalah lemah.( Al-tamhid fi Usul Fiqh oleh Imam Al-khatab Al-hambali jilid 3 muka surat 158-159).

c).Sebahagian mereka yang menerima ziyadah siqqah dengan syarat:

1).Imam Tirmizi yang meninggal pada tahun 279 hijrah dalam kitab Syarah ‘Ilal Tirmizi oleh Imam Ibnu Rejab Al-hambali jilid 2 muka surat 631.
2).Imam Ibnu Khuzaimah yang meninggal pada tahun 311 dalam kitab muqaddimah Sahihnya
3).Imam Ibnu Abd Barr yang meninggal pada tahun 463 hijrah dalam kitabnya Al-tamhid jilid 3 muka surat 306.
4).Imam Khatib Al-baghdadi meninggal pada tahun 463 hijrah dalam kitab Al-kifayah muka surat 597.
5).Imam Ibnu Kasthir yang meninggal pada tahun 774 hijrah dalam kitabnya Ikhtisar Ulum Hadis muka surat 61.

Sebahagian Syarat:

-Syarat perawi
a).perawi benar-benar seorang yang boleh dipercayai.
b).Tambahan hadis bukan datang daripada perawi sendiri(perawi meriwayatkan dua hadis yang sama akan tetapi ada tambahan salah satu hadis yang dirawatkan).

-Keadaan periwayatan
a).penambahan dari aspek lafaz bukan pada makna.

-Keadaan menerima hadis
a).Sentiasa atau melazimi bersama gurunya dalam menerima hadis.

p/s: InsyaALLAH pada artikel yang akan datang saya akan kemukakan beberapa contoh hadis yang berkaitan ziyadah siqqah mengikut ketegori.Hal ini kerana memakan sedikit masa untuk dibincangkan dan dibuat kajian.segala kesalahan harap mendapat teguran dan perkongsian ilmu boleh Emailkan ke www.mustafarm@yahoo.com
WALLAHUA’ALAM
Yang mengharapkan pengampunan Tuhannya






Rabu, 14 Juli 2010

LAINAJUFAH SANG PURDAH BIRU PART (2)

Perpustakaan mini milik keluargaku mempunyai pelbagai sumber rujukan terkumpul daripada bahan buku berbahasa Inggeris,Urdu,dan Arab.Kos untuk menghasilkan perpustakaan mini ini berjumlah hampir seratus ribu ringgit.Di sinilah aku menghabiskan waktu pagi sebelum menjelang zohor dengan membuat sedikit kajian dan bacaan.Aku masih ingat lagi waktu terakhir aku mengirim kitab yang dipesan oleh Abi setahun yang lepas berjumlah dua puluh ribu ringgit sewaktu aku berada di Mesir.Itulah kali terakhir perpustakaan mini milik keluarga kami menerima kehadiran kitab-kitab baru.

Hujan masih lebat lagi,aku merenung ke luar jendela.Kelihatan kereta Proton Saga milik Ummi mula masuk ke halaman rumah kami.Hari ini merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupku kerana sebentar lagi seseorang yang amat aku sayangi dan rindui akan berada di depan mataku.Lantas pintu kereta itu dibuka oleh seseorang yang amat asing bagiku.Ya…seakan mimpi aku rasakan…sesusuk tubuh berjubah biru dan wajahnya terselindung di sebalik purdah..”assalamualaikum”suara itu ku dengari……"wa...wa…alaikumussalam"….”apa kabar abang??”..”eh betul ke ni”…”betullah abang Maria ni”….dia berlari menuju kearahku sambil menghulurkan tangannya…ya wanita inilah teman perjuanganku..Mariyatul Qibtyah merupakan seorang yang amat manja denganku. Dialah adikku,kami dua beradik merupakan anak emas Abi dan Ummi. Sudah empat tahun aku tidak bertemu dengannya dan kini dia telah membesar menjadi puteri solehah kebanggaan Abi dan Ummi juga diriku.Adikku ini menuntut di Ma’ahad Darul Anwar di Pulau Melaka dalam tingkatan 4 dan tinggal di asrama.

Pulau Melaka adalah tempat kelahiran Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.sekolah ini juga, menerima murid-murid dari seluruh Negara termasuk Thailand,Indonesia, Burma,Australia dan lain-lain Negara.Dan sekolah ini adalah diantara sekolah yang membenarkan pelajar wanita mengenakan purdah sewaktu sesi persekolahan. Abi dan Ummi tidak pernah memaksa Mariyatul untuk mengenakan purdah itu,tetapi atas kemahuan dirinya sendiri.

Selepas pulang daripada solat tarawikh pada malam ke-12 itu, aku sekeluarga bersembang bersama di dalam perpustakaan mini..”ha cuti bulan lepas mariyatul tak pergi ceramah Maulana Asri Yusuf dan Dr.basit Abdul Rahman??”Abi Bersuara.”Pergi dua kali Abi dengan kawan-kawan tapi macam biasalah kena buat surat untuk meminta kebenaran warden”..emm bagus anak Abi ni..kalau ada masa terluang cuti sekolah tu jangan lepaskan perluang keemasan bersama kuliah mereka”.”ha Akram kamu kenal dengan ulama yang Abi sebutkan tadi??”Abi menyoalku..”kenal Abi,Akram selalu menonton ceramahnya di Internet”.”Sebenarnya Maulana Asri tu seorang yang pakar dalam bidang hadis” Ummi mencelah.”Kalau ulama dunia kita ada Sheikh Al-albani,kalau Malaysia pula kita ada maulana Asri yusuf”maria menambah sambil matanya melirik ke arahku.” Dr.basit juga hebat orang,dia mendapat P.H.D dari Madinah dan sekarang menjadi Mudir pondok Sungai Durian.” Wah hebatnya,kalau macam itu Akram pun nak jadi macam mereka jugalah boleh Abi??."Sudah tentulah boleh,Abi akan lakukan yang terbaik untuk anak-anak Abi dan Ummi supaya berjaya di dunia dan akhirat dan yang paling penting belajar bukan nak saingi ulama atau mencari kesalahan mereka tetapi belajar untuk bertemu wajah ALLAH seperti dinukilkan oleh Imam Az-zahabi dalam kitabnya Siyar ‘Alam wa Nubala ketika membawa kata Imam Hisyam Ad-dustawaie:”sesungguhnya aku mengembara setiap hari mempelajari hadis semata-mata mengharapkan wajah ALLAH”Imam Az-zahabi menambah”demi ALLAH sesungguhnya aku juga sedemikian”. Terima kasih Abi dan Ummi saya akan ingat nasihat itu."emm dah pukul 11.30 malam ni..”marilah kita masuk tidur dulu esok nak jemaah sama-sama di masjidkan??” jadi jangan lupa tentang sunnah-sunnah sebelum tidur itu tawUmmi mengakhiri perbualan kami pada malam itu.

Begitulah kemesraan kami sekelurga dalam berkongsi ilmu pengetahuan,Abi dan Ummi tidak jemu-jemu mendidik kami agar sentiasa berpengang dengan manhaj Salafusalleh,Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan Al-quran dan As-sunnah menjadi panduan hidup.Ilmu menjadi pengubah segala-galanya,dan tidak ada nikmat yang paling besar di dunia ini selain nikmat ilmu seperti dinukilkan oleh Imam Ibnu Qayyim di dalam kitabnya Miftah Dar As-sa’adah(kunci menuju syurga)..
Bersambung……
InsyaALLAH...

Minggu, 11 Juli 2010

LAINAJUFAH SANG PURDAH BIRU PART (1)


“Tok!!tok!!”....pintu bilikku diketuk berulang kali….sejurus kemudian terdengar seseorang memberi salam..”assalamualaikum!!!…assalamualaikum!!”..”Akram bangun dah nak berbuka puasa nie”….suara Ummi kedengaran.Aku membuka mata sambil merenung jam loceng di atas meja tempat aku membaca dan mengkaji…ya ALLAH dah pukul 6.30 petang nie..selepas pulang dari Masjid sebentar tadi aku menghabiskan ulangan hafazan Surah Al-baqarah mula ayat 180 untuk bacaan pada malam ke tiga tarawikh.Entah bila aku tidak sedar terus terlelap.sejurus kemudian,aku terus menghampiri pintu lalu membukanya…lantas ummi bersuara lagi…”ha!! Dah puas tidur tu??”..Ummi tahulah hadis-hadis yang berkaitan dengan tidur lepas asar itu dhaif(tidak kuat) tapi jangan selalu tidur lepas asar kerana tidak baik untuk kesihatan…”emmm baiklah Ummi saya pergi mandi dulu ye…tidak makruh mandi dekat nak berbuka ummi kan??” Aku bertanya ummi….”hai kamu dah belajar tinggi-tinggi tu takkan lah tak taw”…he.. he.. aku aku ketawa yang sengaja dibuat-buat sambil menggaru kepala yang tidak gatal..”baiklah ummi izinkan saya mandi dulu”…”emm pergilah jangan lambat pulak ye...kamu tu dah jadi imam masjid nanti lewat pulak”..sindir Ummi.

Namaku Akram Umari bin Uwais Al-qarni.Abi merupakan seorang Qadhi di daerah Kelantan,manakala Ummi pula seorang guru sekolah Agama di kampungku.Aku dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan nilai-nilai penerapan agama.Bayangkanlah dalam usia 18 tahun aku sudah mula mengajar kitab Al-hikam yang disyarahkn oleh Sheikh Said Ramadhan Al-buti,Kitab Tauhid oleh sheikh Abdul Rahman bin Hassan bin Muhammad dan kitab Tafsir oleh sheikh Abdul Rahman bin Nasir As-sa’die di masjid-masjid berdekatan kampungku.ilmu yang aku timba semasa berada di Deoband India bersama Abi dan Ummiku dahulu tidak aku sia-siakan.namun, segalanya terhenti selepas aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke University Al-azhar Mesir,sebaik sahaja 9 bulan pulang dari India selepas bapaku menamatkan pelajarannya di sana.

Selepas menamatkan Ijazah Sarjana muda di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah,aku telah mendapat peringkat Mumtaz(lulus dengan cemerlang) di Universiti berkenaan.kini umurku genap 23 tahun.Kepermegianku dahulu diiringan dengan tangisan dan kepulangan tempoh hari(dua minggu lepas)disambut dengan penuh meriah oleh saudara dan orang-orang kampung yang mengenaliku.Alhamdulillah aku berjaya menamatkan ijazah itu dengan jayanya.
Setelah menyarungkan jubahku dan sereban ala-ala Saudi gitu,aku melangkah keluar menuju pintu hadapan rumahku sambil mencapai kunci motor EX5 ayahku yang telah pergi masjid semenjak pukul 6 petang tadi kerana menolong orang kampung menyiapkan juadah berbuka puasa.Motor yang agak usang yang terlekat padanya sticker 5 star kutunggangi. Teringat 4 tahun lepas beberapa minggu sebelum aku berangkat ke Mesir,pada petang itu aku melalu lorong 4 Haji Maaruf di kampungku dan terlihat sekumpulan Mat-rempit di tepi jalan.Aku menghampiri mereka,lalu Amir salah seorang daripada mereka berkata”kau tu ustaz mana boleh lepak dengan kami..pergilah masjid tu”…ustaz tu dalam bahasa arab maksudnya professor,akan tetapi terasa kepedasan itu di hatiku..tetapi aku tidak pernah marah kepada golongan seperti ini kerana mereka tidak tahu..lantas dengan sepontan aku menjawab”aku nak buat motor nie bagi laju,kasi korek blok sikit kemudian pakai kaberator scrambler dan pakai exsos perit boleh tak??”..”eh kau nie gila ke tambah Amir”….aku berkata lagi”cmnie kita buat motor kita sama-sama bagi laju dan pastikan pada lafaz permulaan azan ALLAHu Akbar hingga Hayya ‘alas Solah tu kita dah ada di saff yang pertama,dan siapa yang tak berani dengan cadangan ni adalah seorang mat rempit yang pengecut”…lantas mereka menjawab”yela.. yela… kami pergilah nanti lagipun kami dah nak balik dah ni. Aku tersenyum dengan gelagat mereka sambil membisik dalam hati aku agar ikhlas dalam setiap perbuatan,”ok kita berjumpa di masjid nanti maghrib ye??”,”baiklah ustaz”…..mereka menjawab.

Sesampainya di Masjid ,aku meletakkan motorku di tempat yang disediakan.Dari jauh kelihatan Imam Idris sedang bersembang-sembang dengan Abi sambil matanya memerhatikan kearahku,”hah tu dah sampai ustaz kita”..kata Imam Idris…entah mengapa dia benar-benar mesra denganku sedangkan aku tidak begitu mengenalinya,maklumlah dari kecil aku dibesarkan di India dan baru 9 bulan duduk di tanah air sudah dapat tawaran ke Mesir,jadi cuma kenal gitu-gitu je lah.ketika aku menolak untuk menjadi imam tarawikh dia berkata”kami ni dah tua,hai orang muda dah ada ni….boleh juga tolong kami”.
"Cepat masuk masjid dah nak azan ni"..lantas kami masuk ke masjid dan menghampiri juadah yang disediakan..ALLAHu Akbar,,,ALLAHu Akbar…kedengaran suara azan oleh Bilal Rahmat yang sungguh merdu itu.kami duduk mengelilingi buah Tamar dan sedikit kuih Lapis serta air Bandung sambil kedengaran dari mulut Imam Idris berdoa “zahabal zhom au wabtallatil ‘uruq wasthabatal ajru InsyaALLAH”..aku terus teringat akan sheikh Abu Ishaq Al-Huwaini mengajar bab puasa semasa aku berada di Mesir dahulu..katanya”antara doa yang shahih ketika berbuka puasa adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu dawud dalam kitabnya shahihJjami’ hadis nombor 306”sambil sheikh membaca doa tadi…

”Hah apa lagi termenung tu?? Cepat makan boleh kita solat Maghrib cepat dan saya minta kamu memberi sedikit tazkirah pendek selepas maghrib bermula hari ini…boleh ??”...”tapi tok imam saya tak bersedia lah”…. ”emm kamu tu selalu merendah diri saya tahu kebolehan kamu..tolong ye..balasnya ”..baiklah insyaALLAH”..selesai kami menikmati sedikit juadah selepas berbuka tadi saya terus mengimani solat maghrib yang jumlah makmumnya hampir lima ratus orang… maklumlah menjadi imam gementar pun ada,takut pun ada dan macam-macam perasaanlah timbul..bukan senang untuk untuk menjadi ketua untuk menghadap ALLAH,Sungguh berat tanggunjawab yang dipikul.Kalau di Mekah sheikh Sudais,sheikh Shuraim,Sheikh johani,sheikh Mahir mengimamkan solat yang mempunyai bilangan jemaah hingga berjuta-juta pada satu masa.macam manalah agaknya ye ??sungguh jauh beza dengan saya yang sangat dhaif ini yang sering mengharapkan pengampunan ALLAH...
Bersambung….
insyaALLAH………….

Jumat, 09 Juli 2010

BERSAMA DI SISI ORANG ASING

Surah Al-hadid ayat 4:


هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير

Maksudnya:”ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DALAM ENAM MASA,KEMUDIAN BERSEMAYAM DI ATAS ARASHNYA, ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU YANG MASUK KE BUMI DAN YANG KELUAR DARIPADNYA, ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TURUN DARI LANGIT DAN YANG NAIK(DOA DAN ‘AMAL SOLEH)KEPADANYA,ALLAH BERSAMA KAMU WALAU DIMANAPUN KAMU BERADA DAN ALLAH MAHA MELIHAT APA YANG KAMU KERJAKAN”.


Surah Al-mujadalah ayat 7:


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
مَا يَكُونُ مِن نَّجْوَى ثَلاثَةٍ إِلاَّ هُوَ رَابِعُهُمْ وَلا خَمْسَةٍ إِلاَّ هُوَ سَادِسُهُمْ وَلا أَدْنَى مِن
ذَلِكَ وَلا أَكْثَرَ إِلاَّ هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيم

Maksudnya:”TIDAKKAH ENGKAU MEMPERHATIKAN BAHAWA ALLAH MENGETAHUI APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI?TIDAK ADA PEMBICARAAN RAHSIA YANG KETIGA KECUALI ALLAH YANG KEEMPAT,TIDAKLAH YANG KELIMA MELAINKAN ALLAH YANG KEENAM DAN TIDAK ADA YANG KURANG DARI ITU ATAU LEBIH BANYAK,MELAINKAN ALLAH PASTI BERSAMA MEREKA WALAU DIMANAPUN MEREKA BERADA,KEMUDIAN ALLAH MEMBERIKAN PADA MEREKA PADA HARI QIAMAT TERHADAP APA YANG MEREKA KERJAKAN,SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU


Berikut hanyalah beberapa senarai ringkas pendapat dan tafsiran Imam-Imam Ahlussunnah Wa Al-jama’ah tentang maksud ayat (ALLAH BERSAMA KAMU WALAU DIMANAPUN KAMU BERADA) dan (TIDAK ADA PEMBICARAAN RAHSIA YANG KETIGA KECUALI ALLAH YANG KEEMPAT,TIDAKLAH YANG KELIMA MELAINKAN ALLAH YANG KEENAM) serta (MELAINKAN ALLAH PASTI BERSAMA MEREKA WALAU DIMANAPUN MEREKA BERADA).

1).Imam Ibnu Abbas:

Daripada Ibnu Abi Hateem daripada Ibnu ‘Abbas ketika ditanya tentang firman ALLAH: (ALLAH BERSAMA KAMU WALAU DIMANAPUN KAMU BERADA) maka beliau menjawab ”ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMU KERJAKAN WALAU DIMANA KAMU BERADA
.
Rujukan:
-Kitab Ad-durul Al-mansthur fi Tafsir Bilma’sthur oleh Imam Al-hafiz As-suyuthi, jilid 14 muka surat 262, yang ditahqiq oleh sheikh Dr.Abdullah bin Abdullah Al-muhsin Al-turki, cetakan Mesir.

2).Imam Abu Hanifah:

Ketika Imam Abu Hanifah ditanya tentan firman ALLAH : (ALLAH BERSAMA KAMU WALAU DIMANAPUN KAMU BERADA) maka beliau menjawab”PENGETAHUAN ALLAH SENTIASA BERSAMAMU SEDANGKAN KAMU TIDAK MELIHATNYA

Rujukan:
-Kitab Al-asma wa Al-shifat oleh Imam Al-baihaqi, jilid 2 muka surat 383, yang ditahqiq oleh Sheikh Abdullah bin Mohd Al-hasyadi, cetakan maktabah Sawadi Jeddah.
-Kitab Ma’arijul Qabul oleh Imam Hafiz bin Ahmad Al-hakam ijilid 1 muka surat 184 yang ditahqiq oleh Sheikh Umar bin Mahmud Abu Umar cetakan Darul Ibnu Qayyim.
-Kitab Mukhtashar Al-‘ulu oleh Imam Az-zahabi, muka surat 75, yang ditahqiq oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-albani, cetakan Maktabah Islami Berut.


3).Imam Sufian As-thauri:

Daripada Ma’dan,aku bertanya kepada Sufian As-thauri tentang firman ALLAH: (ALLAH BERSAMA KAMU WALAU DIMANAPUN KAMU BERADA)maka jawab beliau”ILMUNYA

Rujukan:
-Kitab Al-asma wa Al-shifat oleh Imam Al-baihaqi, jilid 2 muka surat 341, yang ditahqiq oleh Sheikh Abdullah bin Mohd Al-hasyadi, cetakan maktabah Sawadi Jeddah.
-Kitab Mukhtashar Al-‘ulu oleh Imam Az-zahabi, muka surat 75, yang ditahqiq oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-albani, cetakan Maktabah Islami Berut.
-Kitab Siyar A’lam Wa Nubala oleh Imam Az-zahabi jilid 7 muka surat 274 yang ditahqiq oleh sekelian banyak Ulama diketua oleh Sheikh Shuib Al-arnouth cetakan Muasasah Risalah.


4).Imam Malik:

Telah berkata Abdullah’telah menceritakan ayahku dari Surijh bin Nu’man dari Abdullah bin Nafi,berkata Imam Malik:”ALLAH DI LANGIT DAN ILMUNYA MELIPUTI SETIAP TEMPAT” dan beliau membaca firman ALLAH:( TIDAK ADA PEMBICARAAN RAHSIA YANG KETIGA KECUALI ALLAH YANG KEEMPAT,TIDAKLAH YANG KELIMA MELAINKAN ALLAH YANG KEENAM).

Rujukan:
-Kitab Mukhtashar Al-‘ulu oleh Imam Az-zahabi, muka surat 103, yang ditahqiq oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-albani, cetakan Maktabah Islami Berut.
-Kitab Siyar A’lam Wa Nubala oleh Imam Az-zahabi jilid 8 muka surat 101 yang ditahqiq oleh sekelian banyak Ulama diketua oleh Sheikh Shuib Al-arnouth cetakan Muasasah Risalah.
-Kitab Majmu’ Fatawa oleh Imam Ibnu Tamiyyah jilid 5 muka surat 183beliau berkata”semua jalur periwayatan shahih,yang ditahqiq oleh sheikh Anwar Al-baz cetakan Darul Wafa’.


5).Imam Ahmad bin Hambal:

Telah berkata Abu Thalib”aku telah bertanya Ahmad bin Hambal akan Firman ALLAH: ( TIDAK ADA PEMBICARAAN RAHSIA YANG KETIGA KECUALI ALLAH YANG KEEMPAT,TIDAKLAH YANG KELIMA MELAINKAN ALLAH YANG KEENAM).maka dia Menjawab”’ILMUNYA BERSAMA MEREKA’.


Rujukan:
-Kitab Mukhtashar Al-‘ulu oleh Imam Az-zahabi, muka surat 131, yang ditahqiq oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-albani, cetakan Maktabah Islami Berut.
-Kitab Siyar A’lam Wa Nubala oleh Imam Az-zahabi jilid 11 muka surat 370 yang ditahqiq oleh sekelian banyak Ulama diketua oleh Sheikh Shuib Al-arnouth cetakan Muasasah Risalah.


6).Imam Ad-darimi:

Firman ALLAH: TIDAKKAH ENGKAU MEMPERHATIKAN BAHAWA ALLAH MENGETAHUI APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI?TIDAK ADA PEMBICARAAN RAHSIA YANG KETIGA KECUALI ALLAH YANG KEEMPAT,TIDAKLAH YANG KELIMA MELAINKAN ALLAH YANG KEENAM DAN TIDAK ADA YANG KURANG DARI ITU ATAU LEBIH BANYAK,MELAINKAN ALLAH PASTI BERSAMA MEREKA WALAU DIMANAPUN MEREKA BERADA,KEMUDIAN ALLAH MEMBERIKAN PADA MEREKA PADA HARI QIAMAT TERHADAP APA YANG MEREKA KERJAKAN,SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU”Beliau menjawab”DAN ALLAH BERSAMA SETIAP SESUATU DI ATAS ARASH BESERTA ‘ILMUNYA”


Rujukan:
-Kitab Ar-rad ‘Ala Jahmiah oleh Imam Ad-darimi muka surat 42 yang ditahqiq oleh sheikh Badr Bin Abdullah Al-badr cetakan Darul Asthir Kuwait.


7).Imam At-thabari:

Katanya:’Maksud Firman ALLAH:” (TIDAK ADA PEMBICARAAN RAHSIA YANG KETIGA KECUALI ALLAH YANG KEEMPAT,TIDAKLAH YANG KELIMA MELAINKAN ALLAH YANG KEENAM)Katanya”KESAKSIAN DENGAN ‘ILMU ALLAH DAN ALLAH DI ATAS ARASH”


Rujukan:
-Kitab Tafsir At-thabari Oleh Imam Ibnu Jarir At-Thabari jilid 23 muka surat 169 yang ditahqiq oleh sheikh Ahmad Muhammad Syakir cetakan Muassasah Risalah.




8).Imam Abi Hassan Al-asya’ari:


Beliau berkata”SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA RAHSIA,TIDAK AKAN HILANG DARINYA SESUATU YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI YANG SEAKAN-AKAN ALLAH HADIR PADA SETIAP SESUATU SEPERTI FIRMAN ALLAH( ALLAH PASTI BERSAMA MEREKA WALAU DIMANAPUN MEREKA BERADA)MAKA ILMUNYA MELIPUTI WALAU DIMANA MEREKA’.


Rujukan:
-Kitab Risalah ila Ahli sthirar oleh Imam Abi Hassan Al-Asya’ari muka surat 234 yang ditahqiq oleh sheikh Abdullah Syakir Muhammad Junaidi cetakan Maktabah ‘Ulum Wal Hikam Damsyiq.


9).Imam Baghawi:

Beliau berkata pada firman ALLAH: :” (TIDAK ADA PEMBICARAAN RAHSIA YANG KETIGA KECUALI ALLAH YANG KEEMPAT,TIDAKLAH YANG KELIMA MELAINKAN ALLAH YANG KEENAM)”BERMAKSUD DALAM ILMUNYA”


Rujukan:
-Kitab Mua’lim Tanzil oleh Imam Al-baghawi jilid 4 muka surat 307 yang ditahqiq oleh sheikh Muslim Al-hars cetakan darul Tayyibah.


10).Imam Ibnu Kasthir:

Beliau telah berkata pada firman ALLAH: (TIDAK ADA PEMBICARAAN RAHSIA YANG KETIGA KECUALI ALLAH YANG KEEMPAT,TIDAKLAH YANG KELIMA MELAINKAN ALLAH YANG KEENAM)”katanya”TELAH MENJADI SEAKAN IJMA’ SESUNGGUHNYA AKAN ‘ILMU ALLAH DAN TIDAK SYAK LAGI AKAN KEKUASAN”


Rujukan:
-Kitab Tafsir Ibnu Kasthir oleh Imam Ibnu Kasthir jilid 8 muka surat 42 yang ditahqiq oleh Sheikh Sami bin Mohd Salamah cetakan Darul Tayyibah.


p/s: Satu kalimat ayat Al-quran dan As-sunnah jangan sedikitpun terkeluar dari landasan SALAFUSALLEH dalam memahaminya.....

WALLAHU'ALAM

Yang faqir kepada pengampunan ALLAH.

Kamis, 08 Juli 2010

JIKA DAHULUNYA.............

Jika dahulunya Imam Abu yusuf atau Imam Syaibani mengenali guru mereka ( Imam Abu Hanifah) dengan mengikuti pengajian ilmu yang diadakan……..

Jika dahulunya Imam Ibnu Qayyim atau Imam Az-zahabi mengenali guru mereka (Imam ibnu Tamiyyah)mereka melalui perkongsian ilmu dan perbincangan…….

Jika dahulunya Imam Muzani atau Imam Buwaithi mengenali guru mereka(Imam Syafie) melalui hati ke hati yang saling bertautan……..

Jika dahulunya Imam Tirmizi atau Imam Muslim mengenali guru mereka(Imam Bukhari)melalui kupasan dalam pengsyariatan……..

Jika dahulunya mereka saling bertemu antara guru dan murid yang mengikat persaudaraan
Tapi mereka telah pergi bertemu Tuhan yang Maha Suci
Apakah yang tinggal untuk kita??


Sudah tentulah,khazanah kitab-kitab mereka yang tidak ternilai itu
Menjadi rujukan setelah Al-quran dan As-sunnah sehingga akhir zaman…..

Mengenali dua orang Imam melalui peninggalan mereka.

Mereka yang saya maksudkan ialah :

1).Imam Arif Billah sheikh Abdul Qadeer Al-jailani yang lahir pada tahun 471 dan meninggal pada tahun 561 hijrah.

Karangan utama beliau:

a).Al-ghunyah lithalabi Thoriq Al-haqq.
b).Futuhul Al-ghaib(juga disyarah oleh Imam Ibnu Tamiyyah).
c).Fathul Al-rabbani .

2)Imam Ahlul Sunnah Abi Hassan Al-asya’ari Yang lahir pada tahun 260 dan meninggal pada tahun 324 hijrah.

Karangan utama beliau:

a).Al-ibanah ‘an Usul diyanah(imam ibnu asakir merajihkan bahawa kitab ini benar-benar ditulis olehnya).
b).Maqolat Islamiyyeen.
c).Risalah ila Ahli Sithghar.
d).Al-luma’ fi Radd ‘ala Ahli Al-bida.’
e).Tabyin Kazib Al-muftari oleh imam ibnu ‘Asakir.



Mereka telah pergi,cuma yang tinggal hanyalah karangan-karangan mereka sahaja.Kenalilah mereka melalui kitab-kitab mereka,supaya kitab tidak menyesal apa yang kita yakini tentang mereka selama ini sebenarnya tidak berkaitan langsung dengan mereka…seperti Firman ALLAH di dalam surah Al-hujerat ayat 6(WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,JIKA SESEORANG YANG FASIQ DATANG KEPADA KAMU MEMBAWA SESUATU BERITA,MAKA TELITILAH KEBENARANNYA, AGAR KAMU TIDAK MENCELAKAKAN SESUATU KAUM KERANA KEBODOHAN KAMU,YANG AKHIRNYA KAMU MENYESALI PERBUATAN ITU).Kembalikan penisbahan dan penyandaran kepada tuan yang empunya diri melalui peninggalan mereka.

p/s : Tepuk dada tanya selera,tebuk kitab mereka satu persatu baru tidak tergelincir dalam berbicara...

WALLAHUA’LAM

Yang faqir kepada pengampunan ALLAH